
KERAJAAN Terengganu menerima anugerah Sijil Audit Bersih (Pendapat Tanpa Teguran) tahun 2024 dari Jabatan Audit Negara.
Kerajaan Terengganu juga berjaya menghasilkan kutipan hasil sebanyak melebihi RM400 juta (RM454,332, 401.58) untuk tahun 2025.
Pengurusan Bencana Monsun Timur Laut oleh Kerajaan Terengganu diangkat sebagai yang sistematik dan efisien 2025/2026.
Peningkatan jumlah pelancong 8.5 juta orang.
Pengiktirafan PBT cemerlang, ‘5 Bintang’.
Alhamdulillah semua lima pencapaian utama ini (ada lagi anugerah-anugrah lain) telah berjaya dicapai dengan izin Allah dan dengan kesungguhan semua pihak dari bawah, hingga ke atas.
Sekarang anda fikirkan secara mudah yang:
1. Majoriti kakitangan kerajaan adalah orang yang sama semenjak puluhan tahun.
2. Sistem yang digunakan juga sama semenjak sekian lama.
3. Semua kemudahan bagi menjalankan tugas juga adalah sama dari dahulu.
4. Skim penggajian kepada semua kakitangan masih sistem lama yang digunakan.
5. Pejabat-pejabat juga masih yang sama digunakan semenjak sekian lama.
6. Malah lebih parah dan perlu diingat ialah Kerajaan Terengganu bergerak dengan peruntukan kepada Kerajaan Negeri yang disekat dan diugut.
Yang berubah hanya satu…
Kerajaan yang memerintah.
Dan hasilnya begitu berbeza jika yang memegang amanah menjalankan amanahnya dengan berkesan mengikut kehendak dan aturan yang betul.
Pimpinan negeri yang memerintah juga tidak ada kes pecah amanah, salah laku dan apa juga yang dikatakan sebagai salah tadbir atau salah urus.
Begitulah bezanya. Jika anda menjual emas, anda jual emas yang tulen dan menjelaskan semuanya dengan jujur supaya tiada penipuan, pelanggan akan menghargainya dan dikenang sebagai peniaga yang beramanah.
Tetapi jika anda mendakwa emas yang anda jual adalah tulen, tetapi sebenarnya palsu, maka akhirnya diketahui juga penipuan kita.
Dan kemudian bagi mengelak malu, anda mendakwa peniaga lain lebih jahat dari anda, sedangkan bukti telah jelas bahawa peniaga lain tidak sebegitu.
Ingatlah, pahala akan terus mengalir jika anda menyokong kebaikan atas nama Allah. Walaupun kita tahu Kerajaan Terengganu di bawah PAS, masih belum sempurna, tetapi ia jauh lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.
Inilah yang menjadi ketakutan bagi golongan yang tidak amanah kerana dengan kejujuran dan kelebihan pentadbiran ini, maka akan gelaplah harapan mereka untuk kembali memerintah Terengganu, walau apa pujuk rayu dan walau berjanji bulan dan bintang sekalipun.
Terima kasih rakyat Terengganu yang memberikan kepercayaan kepada PAS untuk membuktikan bahawa parti Islam boleh memerintah, malah jauh lebih berkualiti.
MOHD NASIR ABDULLAH
4 Februari 2026 – HARAKAHDAILY 4/2/2026
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











