Awat Fadhlina Sidek ketegaq sangat?

- Advertisement -

BILA Perdana Menteri ke-10 (PMX) umumkan tahun 2027 akan ada pengambilan murid Darjah 1 enam tahun, ramai yang hentam. Ramai tak setuju dan minta Kerajaan tarik balik cadangan itu.

Antara yang saya tengok bantah cadangan tu adalah Dr Anuar Ahmad seorang pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Hujah Dr Anuar adalah tindakan ada saringan atau ujian untuk kemasukkan ke Darjah Satu, dari sudut prinsip pendidikan awam ini adalah satu pelanggaran. Menurut Dr Anuar, KPM tak boleh pilih siapa nak masuk Darjah 1 umur 6 tahun. Kalau nak buat Darjah 1 umur 6 tahun, buat semua.

- Advertisement -

Alasan nak buat saringan ujian diagnostik pun dia tak setuju. Pada dia ujian diagnostik ini tak jelas macam mana kayu ukurnya.

Dia tanya macam mana nak KPM rancang nak buat ujian diagnostik ini? Macam mana nak ukur pengesanan saringan ni? Adakah melalui 3M? Sedangkan budak Darjah 1 sepatutnya mula kuasai 3M dan bukannya dah kuasai 3M.

Adakah adil untuk hukum dia dan tak benar dia masuk Darjah 1 umur 6 tahun hanya kerana dia tak kuasai 3M?

Kalau kata nak saring melalui ujian kognitif. Macamana nak menilai budak hujung 5 tahun yang akan duduki ujian diagnostik mereka? Kalau tengok teori pendidikan awal kanak-kanak, tiada teori yang mengesahkan budak umur 5 ke 6 tahun tahap kognitif dia dah lengkap.

Ada juga hujah nak tengok kestabilan emosi. Aduh yang ni pun dia bantai. Dia kata anak umur 5 tahun nak stabil emosi macam mana? Mustahillah nak dapat budak yang baru ‘first time’ nak pisah dengan mak ayah pergi sekolah, emosi dia stabil dan relaks saja macam orang nak pergi universiti.

Jadi konklusi dia apa saja cara ujian diagnostik sama ada 3M, kognitif atau emosi tak boleh digunapakai untuk saring budak umur hujung 5 tahun.

Paling saya suka hujah dia bila dia kata sekolah awam adalah hak anak-anak untuk masuk sekolah pada usia yang ditetapkan. Kalau kerajaan tetapkan 7 tahun maka 7 tahun semua budak boleh masuk. Kalau kerajaan tetapkan 6 tahun maka semua budak 6 tahun sepatutnya boleh masuk.

Sebenarnya yang duduk berhujah negara lain dah mula 6 tahun tahun 1, inilah kaedahnya. Bukan macam KPM nak buat. Nak saring bagai. Ada boleh masuk ada tak boleh masuk.

Kaedah saringan ni, sebenarnya akan lebarkan lagi jurang bandar luar bandar, jurang antara T20, M40 dan B40.

Yalah, budak dari keluarga orang kaya, yang dari kecik dah dapat gajet, dah boleh akses pelbagai ‘early education’ berbayar mesti akan ‘excel’ dalam ujian diagnostik tu. Anak orang luar bandar, anak orang miskin, pada usia hujung 5 tahun apa sangat pendedahan dia dapat. Maka mereka ini akan tidak dapat masuk pada usia 6 tahun.

Jadi seawal usia tu, kita dah ‘brand’ dia sebagai pelajar ‘second class’ sebab hanya dapat masuk Darjah 1 umur 7 tahun.

Dengan pelbagai hujah dari pakar pendidikan, dari ibu bapa, dari aktivis, apa tindakan Menteri?

Dia teruskan idea dia dengan mengumumkan pengambilan guru seramai 20,000 orang. Sikit pun dia tak heran dan peduli apa yang ditimbulkan.

Walaupun PMX kata tiada ujian diagnostik dalam Parlimen baru ni, tetapi tiada halatuju jelas kepada cadangan ini. Adakah semua pelajar tahun satu akan masuk pada usia 6 tahun? Adakah semua sekolah boleh terima pelajar 7 tahun dan 6 tahun pada tahun hadapan? Adakah 20,000 guru cukup?

Itulah dia Menteri Pendidikan kita. Ketegaq orang utara kata.

Salam hormat,

IR TS DR NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 4/2/2026

- Advertisement -