
BARU ni Menteri Besar (MB) Selangor Amirudin Shari respons pasal babi dalam Parlimen. Dia kata kandang babi yang Ustaz Ahmad Fadhli Shaari lawat tu lah yang mencemarkan dan dia nak tutup.
Macam ni lah MB Selangor, cerita kata nak tutup ni kita dengar selalu dah. Nak tutup nak tutup. Tapi tak tutup tutup pun.
Titah Tuanku Sultan Selangor pada 12 Januari 2026 jelas, tutup ladang babi di Tanjong Sepat. Rakyat Tanjong Sepat dah terseksa lama dengan pencemaran yang berlaku.
Tapi sehingga hari ini, kandang babi masih beroperasi.
Semalam Exco Kerajaan Negeri Selangor Ir Izham Hashim, seperti dilaporkan oleh Berita Harian kata bagi kandang babi yang negatif ASF boleh terus beroperasi dan ambil masa untuk proses pengosongan.
Ini yang Ustaz Ahmad Fadhli Shaari pertikaikan. Kenapa masih ada ruang untuk terus beroperasi, dalam keadaan pencemaran yang sangat teruk sedang berlaku dan terus berlaku di kawasan itu. Rakyat setiap hari kandang itu beroperasi, terus menanggung kesengsaraan.
Dengan kuasa yang ada pada Kerajaan Pusat menerusi Jabatan Alam Sekitar, PDRM dan Jabatan Veterinar dan Kerajaan Negeri menerusi penguatkuasa PBT yang ada, sepatutnya esok pagi semua kandang babi itu boleh dihentikan operasi.
Semua pengaliran najis kumbahan babi yang mengalir terus ke dalam sungai dan laut dapat dihentikan.
Semua bau busuk yang terpaksa dihidu rakyat selama ini akan berkurangan dan beransur ansur hilang.
Tapi kenapa masih beri ruang untuk terus beroperasi? Ini persoalan yang kita tak faham.
Kepada Kerajaan Negeri Selangor, sudah sudahlah tu nak beri ruang kepada penternak babi. Dengarlah Titah Tuanku, dengarlah keluhan rakyat Selangor. Bertindaklah segera dengan kuasa yang ada. Sebelum kuasa itu hilang.
Salam hormat,
IR TS DR NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 1/2/2026
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











