
WASHINGTON: Platform media sosial (medsos) yang diasaskan oleh Issam Hijazi, seorang pengasas Palestin-Jordan-Australia, UpScrolled kini menjadi aplikasi medisos percuma No. 1 di muat turun di App Store Apple di Amerika Syarikat mengatasi saingannya termasuk TikTok.
Lonjakan ini berlaku selepas gangguan besar pada TikTok minggu lalu, berdepan gangguan teknikal dan ketidaktentuan politik menyebabkan pengguna mencari alternatif yang lebih telus dan bebas penapisan.
Dilancarkan pada Jun 2025, UpScrolled menonjol kerana gabungan ciri popular media sosial seperti X (dahulunya Twitter), Instagram, dan TikTok.
Platform ini menawarkan suapan akaun, video pendek menegak, cerita, dan halaman penemuan dengan topik serta hashtag trending, sambil menekankan kebebasan bersuara dengan tanggungjawab.
Menurut firma risikan pemasaran Sensor Tower, aplikasi itu telah dimuat turun kira-kira 400,000 kali di AS dan 700,000 kali di seluruh dunia, dengan 85 peratus muat turun berlaku dalam tempoh 21–27 Januari 2026.
Lonjakan ini jelas menunjukkan pengguna TikTok berpindah sementara mencari platform alternatif.
Platform itu memasarkan dirinya sebagai ruang media sosial yang menolak penapisan tersembunyi, dengan janji “tiada shadow ban dan tiada pilih kasih bayar-untuk-main”; dan dan kandungan hanya disekat jika melanggar undang-undang atau garis panduan komuniti, termasuk ucapan kebencian, gangguan, aktiviti haram dan kandungan berbahaya.
Dengan pendekatan ini, UpScrolled bukan sahaja memenuhi permintaan pengguna untuk keaslian dan ketelusan, tetapi juga mencipta ruang baharu untuk ekspresi bebas dalam media sosial global. – HARAKAHDAILY 29/1/2026











