
MENTERI Wilayah Persekutuan yang baharu, Hannah Yeoh telah mengumumkan jualan tapak bazar Ramadan tahun ini hanya sekitar RM400 sahaja berbanding RM500, harga terdahulu.
Semua lot-lot di bazar ini di bawah kelolaan DBKL. Amaran diberikan kepada orang tengah yang mencari untung dan menekan peniaga dengan sewaan yang mahal. Lesen mungkin boleh dibatalkan. Namun sewa di Putrajaya masih kekal RM1,000.
Keputusan menteri ini sangat bagus, mengurangkan kos peniaga, mengawal monopoli orang tengah. Sekali gus beliau berharap harga akan turun dan peniaga mendapat lebihan keuntungan dari kos penyewaan tapak.
Manakala di Terengganu, ia masih mengamalkan sistem lama. Ada kelompok yang menjaga kawasan bazar Ramadan. Kemudiannya menyewakannya kepada peniaga. Maka hiruk pikuklah para Ceplos PH menghentam PAS atas nilai pengurangan RM100 itu kerana menindas peniaga, konon kata mereka.
Sebenarnya ia adalah satu sistem lama yang diamalkan oleh semua negeri. Tidak hanya di Terengganu yang mewarisinya dari zaman BN. Jadi persoalannya, kenapa negeri-negeri yang diperintah PH-BN tidak dihina, tidak dikutuk, tidak diserang oleh Ceplos kerana masih mengamalkan sistem lama jualan tapak bazar Ramadan ini?
Jawapannya mudah, asal ada sahaja yang dirasakan sebagai isu, walaupun bukan satu isu maka Ceplos akan menyerang PAS. Membuktikan, bukan ada kualiti sangat isu-isu yang dibawa Ceplos. Asal boleh sahaja. Sama macam isu rundingan terus dalam kontrak. Mereka buat tak apa, bila PAS buat, terus dikira rasuah.
Apatah lagi isu berkenaan jualan tapak bazar Ramadan ini, tiada langsung terkait dengan kesalahan perundangan. Hanya ia lebih baik jika sewa tapak dikurangkan. Itu sahaja.
Manakala isu berkenaan suami Hannah Yeoh yang mendapat kontrak dari kerajaan Selangor dahulu, adakah Ceplos membuat laporan polis atau menentang hal itu?
Jika tidak salah dari segi peraturan sekalipun, sebagai golongan ‘kafir yang amanah’ sebagaimana laungan PH dahulu, tidakkah ia tidak patut diterima. Bukankah itu tanda nilai moral yang tinggi? Ia memerlukan SPRM bagi membersihkan isu ini. Sedangkan isu bayaran tapak bazar Ramadan langsung tidak diambil tahu oleh SPRM.
Teringat aku apabila melihat gambar Lee Kuan Yew yang dipuji orang Melayu kerana memakai songkok dan fasih berbahasa Melayu. Hannah juga begitu ayu apabila memakai tudung dalam majlis di masjid dahulu. Nampak solehah, mungkin itu yang ada dalam kepala Ceplos.
MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 28/1/2026
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.












