Amerika petik picu, Iran rilis tombol perang

- Advertisement -

IRAN diperintah oleh Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Sayyid Ali Khamenei sejak 1989. Beliau bukan pemimpin eksekutif tetapi veto keputusan presiden, kendali militer dan intelejen bahkan nuklear Iran kerana mempunyai kecerdasan tinggi dan strategis licik dari kaca mata CIA. Malahan beliau seorang ahli politik dan pemidato ulung, ahli agama dan simbol keteguhan rakyat dalam perlawanan medan massa dari dominasi serta simbol ancaman kepada Barat.

- Advertisement -

Dengan populasi penduduk sekitar 90 juta penduduk, Ayatollah Khamenei merupakan pemimpin besar Revolusi Islam berupaya merubah politik dunia. Dalam pidato di hadapan ribuan warga Iran sempena memperingati harı agung kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW, 17 Januari lalu menjelaskan fitnah yang melanda Republik Işlam Iran telah dilakukan oleh agen Amerika Syarikat (AS)dan menyamakan Presiden Amerika Donald Trump dengan Firaun dan kematiannya sama seperti Firaun.

Amerika merencana menawan Iran dan menempatkannya di bawah dominasi tentera, politik dan ekonomi Amerika sekian lama melalui fitnah dan hasutan agar rakyat Iran mengamuk dan keadaan huru-hara. Fitnah yang dicetuskan oleh agen Amerika suatu asas menawan Republik Islam Iran yang dipimpin oleh Imam Khamenei sebagai presiden sejak awal revolusi hingga sekarang. Impian mendominasi Iran telah gagal sepenuhnya kerana pengurusan di bawah kepimpinan negara kompeten dan bertindak tegas terhadap pendemo.

Meskipun AS dikenali kuasa adidaya dunia tetapi negara kuasa besar itu tidak mampu menakluk Iran kerana sifat karakteristik kepimpinan dan penduduk dalam geografis yang sensitif pada pihak asing apalagi mengganggu-gugat pemerintahan Imam Khamenei. Malah fasilitas dan teknologi tentera dan media canggih Iran upaya mengesan pencerobohan wilayahnya yang luas dan populasi penduduk celik teknologi di pelbagai sektor dapat membaca aksi jahat kuasa asing khususnya AS.

Presiden Donald Trump telah mengancam operasi bersenjata dan memberi arahan serangan militer terhadap Iran jika pasukan keamanan Iran membunuh para demonstran dikutip sumber pejabat AS kepada CBS dan BBC. Beliau juga mengumumkan pada sidang media bahawa Teheran telah menghubunginya untuk “bernegosiasi”, tetapi Trump memperingatkan bahawa kemungkinan bertindak keras terhadap Iran sebelum pertemuan diagendakan berlangsung kelak.

Wall Street Journal melaporkan bahawa operasi alternatif saranan Trump mencakupi meningkatkan suara antipemerintah secara maya, aksi di lapangan keras dan akses senjata siber terhadap militer Iran. Namun Menteri Luar Iran Abbas Araghchi memperingatkan bahawa negaranya sudah siap sepenuhnya untuk berperang jika diserang.

Dalam kasus tidak keruan Iran membatasi organisasi berita internasional seperti BBC untuk beroperasi di dalam negeri. Badan-badan penyiaran rasmi negara dikenakan tatakelola infomasi berjeda dan kawalan ketat. Wartawan Iran dalam radar pemerintah terutama laporan mengkritik pemerintah dikenakan tindakan drastik.

Akses internet terhad dan sebahagia besar platform media sosial utama dan media berita Barat dilarang. Pemerintah menyekat total akses web dan internet hingga sambungan telepon turut dihentikan terutama hubungan dengan negara asing kecuali akses Starlink dan SpaceX milik Elon Musk dengan tujuan mengesan agen AS-Israel berkongsi informasi. Iran berjaya memerangkap musuh dan mengesan lokasi ratusan agen CIA dan Mossad ditangkap lalu Iran menutup akses Starlink secara total.

Sementara rusuhan mega di Iran didakwa masalah ekonomi tepu, tiada kebebasan bersuara, hak-hak perempuan terbatas, dan hak bagi minoritas dihalang di samping serangan Israel telah menimbulkan ancaman kepada penduduk dan pemerintah Iran. Pendemo yang terlibat langsung merupakan pemilik gedung atau pedagang kerana kemarahan terhadap nilai mata rial merosot teruk dan inflasi melonjak hingga 40 peratus berbanding dollar AS. Ini menjadi punca harga barang-barang seharian naik mencanak seperti minyak masak dan daging. Manakala pihak anti-nuklear Iran menyebar fitnah ekonomi Iran jatuh dan melemah akibat salah urus dan korupsi badan-badan dan agensi pemerintah.

Pendemo bergabung dengan mahasiswa dari berbagai-bagai universiti dan keterlibatan Reza Pahlavi, iaitu putra Shah Iran yang digulingkan dalam revolusi lampau, nyata mendukung demonstrasi yang makin meluas dan ribuan orang turun ke jalan-jalan di Teheran dan kota-kota besar lainnya. Laporan berita Hak Asasi Manusia (HAM) Iran di AS, menghitung protes terjadi di 186 kota dan desa di seluruh 31 provinsi Iran sejak awal demonstrasi.

Pihak pemerintah Iran bertindak keras terhadap peserta demo menggunakan pelbagai senjata, dari meriam air hingga peluru hidup yang mematikan seperti memetik sumber massa BBC di Teheran bahawa reaksi balas terhadap protes sangat intensif. Ekoran itu ratusan orang tewas dan ribuan orang dilaporkan telah ditangkap.

Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel dilihat pemain perang yang ingin menghancurkan program nuklear Iran dan menggulingkan rejim Khamenei di Teheran sejak melancarkan serangan pada pertengahan tahun 2025 turut merencana tindakan kerana duluan Iran adalah sekutu utama Barat hingga 1979, ketika Raja Shah digulingkan dalam Revolusi Islam oleh Muslim Syiah yang mengambil alih kekuasaan. Hubungan dengan Barat tegang terutama AS menjadi musuh berlanjutan. Apalagi pemerintahan di Iran berdasarkan acuan agama yang ketat dan tidak ditoleransi serta kebebasan kendiri terhad seperti hak bersuara, penampilan pakaian seni budaya seperti hukum mewajibkan perempuan berjilbab mengundang kebencian hingga memicu protes massa pada 2022.

Washington juga menuduh Iran melakukan destabilisasi Timur Tengah, terutama melalui dukungannya terhadap kelompok-kelompok bersenjata, termasuk HAMAS di Gaza, Hizbullah di Lebanon, dan Houthi di Yaman. Manakala Iran menuduh AS ikut campur di kawasan tersebut. Persengketaan AS dengan Iran makin meningkat kerana Iran membangun program nuklear untuk persenjataan dibantah total oleh AS menjadi punca AS mengebom situs-situs nuklear Iran tahun lalu, yang mendapat sanksi antarabangsa kerana program nuklear efisien pada ekonomi Iran.

Dalam situasi tidak keruan media Arab melaporkan bahawa pesawat angkut strategis C-17 Globemaster milik Angkatan Udara Amerika Syarikat telah tiba di kawasan Timur Tengah. Sejumlah dron pengintip AS dan intelijennya meningkat telah dikesan berhampiran perbatasan Iran. Kapal Induk USS Abraham Lincoln (CVN-72) juga dilaporkan sedang bergerak menuju kawasan Teluk Persia. Ini fenomena biasa dilihat dari persiapan militer sebagai laluan serangan udara skala besar terhadap target di Iran.

Sebaliknya Iran dilaporkan telah memberi peringatan terakhir kepada Amerika Syarikat melalui jalur diplomatik Arab Saudi bahawa Teheran akan membalas serangan tanpa menunduk jika wilayah Iran diserang AS kelak. Malah seluruh pangkalan militer AS di kawasan Timur Tengah serta semua fasilitas nuklear Israel akan menjadi target serangan balasan dan “akan dihancurkan”.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah menangguhkan serangan ketenteraan terhadap Iran pada 15 Januari lalu seperti dilaporkan media berdasarkan jaminan peleraian keganasan terutama hukuman mati terhadap pendemo dihentikan yang dijadualkan berlangsung waktu berkenaan.

Tambahan tekanan diplomatik daripada negara Teluk seperti Arab Saudi, Qatar, dan Oman yang telah melobi pentadbiran Trump secara sulit untuk membatalkan niat menyerang Iran. Mereka bimbang serangan tersebut akan mencetuskan ketidakstabilan ekonomi, mengganggu bekalan minyak melalui Selat Hormuz, dan menyebabkan serangan balas terhadap pangkalan AS di rantau tersebut.

Selain risiko konflik serantau tidak terjangka jika AS menyerang Iran akan memacu perang besar yang melumpuhkan ekonomi global. Di samping Iran membuka semula ruang udaranya selepas penutupan selama lima jam pada 15 Januari lalu yang mencetuskan kebimbangan serangan akan berlaku pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, Trump masih mempertimbangkan pilihan ketenteraan dan akan memantau situasi di Iran dengan teliti sekiranya penindasan terhadap penunjuk perasaan kembali berlaku. Iran pula membuat keputusan berperang hanya menanti AS yang mula memetik picunya kerana rudal bersusun-susun atau melonggok di medan hanya menunggu ledakan. Bagi Iran tiada rundingan dan diplomasi kerana berundur bererti kehancuran dan berlawan ertinya bertaruh segala-galanya.

Oleh itu, perang akan mengubah landskap Timur Tengah menjadi skala perang terbuka kerana apabila AS memetik picu, Iran nekad tiada tombol berhenti sasarannya.

Dr Zulkeflee Yaacob

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 23/1/2026

- Advertisement -