Negara Teluk halang agenda perang AS ke atas Iran

- Advertisement -

TEHRAN: Arab Saudi, Qatar, Turkiye dan Oman bertindak melancarkan diplomasi saat akhir bagi menggagalkan rancangan Amerika Syarikat di bawah Presiden Donald Trump untuk melancarkan serangan udara ke atas Iran, dengan memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan itu bakal mencetuskan ketegangan serantau yang tidak terkawal.

- Advertisement -

Tekanan daripada negara-negara serantau itu, menurut laporan The Guardian, dipercayai memainkan peranan penting dalam memaksa Washington menangguhkan tindakan ketenteraan, apabila Riyadh mengambil pendirian tegas dengan menafikan akses tentera AS ke ruang udara Arab Saudi.

Negara-negara Teluk dan sekutu serantau kini semakin bimbang terhadap sikap agresif Israel yang berterusan mencetuskan ketidakstabilan, serta risiko tercetusnya konflik berskala besar di Timur Tengah akibat campur tangan kuasa luar. Justeru, mereka menegaskan bahawa dialog dan diplomasi mesti diutamakan berbanding pendekatan ketenteraan yang hanya membawa kemusnahan.

Dalam perkembangan berkaitan, Iran dilaporkan memperluas usaha diplomatiknya dengan meningkatkan hubungan dan penglibatan di pelbagai ibu negara Arab, sekali gus mencabar naratif Barat yang sering menggambarkan Tehran sebagai ancaman utama kestabilan serantau.

- Advertisement -