PASRelief bantu penduduk Syria hadapi musim sejuk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masalah ketiadaan bekalan air dihadapi jika elektrik tidak disediakan kerana pam air memerlukannya bagi menarik air, adalah dilema yang dihadapi sebahagian besar penduduk di negara bergolak, Syria.

PASRelief yang melancarkan Misi Musim Sejuk Syria 2026 bermula awal tahun ini bagi menyalurkan bantuan kepada pelarian Syria menghadapi cuaca sejuk berkata, situasi tersebut menjadikan tenaga solar sebagai talian hayat paling utama selepas hampir 50 peratus infrastruktur bekalan elektrik di negara Asia Barat itu mengalami kemusnahan teruk akibat konflik peperangan.

- Advertisement -

Timbalan Pengarah II PAS Relief, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, sebahagian besar kawasan di negara itu turut menerima bekalan elektrik yang disediakan kerajaan yang hanya dapat bertahan sehingga empat jam sehari sahaja ketika permintaan lebih besar kepada tenaga itu.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih buruk apabila tiba musim sejuk, keperluan elektrik semakin mendesak selain untuk menghidupkan lampu pada waktu malam, pengecas peranti komunikasi dan juga akses kepada bekalan air

“Sistem agihan air di Syria juga sangat bergantung kepada elektrik, tanpa bekalan itu air tidak dapat disalurkan ke tangki rumah mahupun kem pelarian yang amat memerlukan sumber utama bagi kehidupan itu,” katanya dalam satu rakaman video.

Menyedari masalah yang dihadapi penduduk di Syria, ujar Nuridah, dengan bekalan elektrik yang disediakan kerajaan, ia membantu penduduk di Kampung Qasimiyah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air.

Beliau berkata, dengan pembinaan tenaga solar dengan sumbangan derma penduduk Malaysia penduduk kampung dapat menikmati bekalan air dan juga tenaga eletrik tanpa sebarang sekatan dan memberi manfaat 5,000 penduduk.

“Melalui projek tenaga solar pertama PASRelief di Syria, sistem pam air dapat beroperasi 24 jam sehari mengikut keperluan, menjadikan bekalan air lebih stabil dan berterusan untuk lebih 5,000 orang penduduk.

“Semoga projek ini menjadi sumber kemudahan jangka panjang, membuka ruang kehidupan yang lebih baik, dan menjadi asbab kebaikan berterusan buat semua yang terlibat,” katanya. –HARAKAHDAILY 15/1/2025

- Advertisement -