‘Template’ revolusi palsu: Bagaimana Barat mencipta ‘chaos’ Dunia Islam

- Advertisement -

BERHATI-hatilah dengan media Barat. ‘Lately’, bersepah dalam media sosial mengenai Revolusi Iran (kononnya).

Media-media Barat membingkaikan Iran tengah tenat (kononnya). Ekonomi. Wanita ditindas dan lain-lain.

Kemudian media Barat bawa watak anak Shah Iran yang tak duduk di negara itu. Konon nak bawa Iran ke arah moden.

Benda kecil diperbesarkan. Gambar bakar kereta, bakar tayar, menghiasi ruangan media sosial. Gambar-gambar lama dikitar semula.

- Advertisement -

Berita-berita mereka melaporkan Khamenei sedang bersiap nak melarikan diri kononnya. Dibingkai begitu. Beliau juga dilabel sebagai diktator, rejim dan lain-lain.

Hakikatnya masing-masing tahu dan faham, Iran adalah satu-satunya ‘negara’ Islam yang masih tersisa, yang tegas terhadap Palestin.

a. Awal 2000, Barat membingkaikan ‘chaos’ di Iraq. Masalah ekonomi, diktator, rejim, dikitar-kitar sebagai modal. Warga tempatan diperguna. Saddam tumbang.

b. Pada 2010, Arab Spring pun lebih kurang sama. Gaddafi tumbang. Libya hingga ke hari ini tak stabil. ‘Template’ yang sama diguna semasa ‘chaos’ di Iraq.

Hakikatnya, masing-masing dah pun tahu dan faham, Libya dan Iraq ada kekuatan melawan Amerika Syarikat (US), dengan hasil bumi yang bersepah.

c. Pada 2019, Barat membingkaikan huru-hara di Lubnan. Tiba-tiba timbul isu penindasan kaum wanita. Watak perempuan tendang ‘body guard’ di’icon’kan. Namanya Malak Alaywe.

Hakikatnya, masing-masing tahu dan faham mengenai lokasinya di Utara Palestin, Hezbullahnya, dan lain-lain.

d. Pada 2020, ketika Barat membingkaikan huru-hara di Sudan, saya terbaca tulisan ‘student’ Malaysia di sana.

Katanya tak ada pun masalah ekonomi sepertimana didakwa media. Watak perempuan ditindas pula, muncul secara tiba-tiba.

Masa itu Alaa Salah naik atas bumbung kereta, terus di‘icon’kan semacam ‘Nubian Queen’.

Jika kita teliti dasar luar Sudan ketika itu, kita akan faham kenapa negara itu dijadikan ‘mangsa’ ‘chaos’ US.

Sejak 1983 lagi US dah isytihar Sudan, Libya dan Iraq sebagai musuh, dengan melabel sebagai paksi keganasan.

Jika diteliti, US wujudkan ‘chaos’ dengan ‘template’ yang lebih kurang sama digunakan di Lubnan, Sudan, Libya, Iraq dan lain-lain. Ekonomi, wanita, diktator dan lain-lain.

Persoalannya, kenapa umat Islam masih mengulangi kebodohan, mempercayai propaganda Barat?

Di tengah-tengah kekacauan, memudahkan US untuk campur tangan, dominasi, dan yang paling penting, pengaruh mereka lebih stabil.

Manakala rakyat tempatan, setelah buat ‘kebangkitan palsu’, akhirnya tiada apa-apa yang diperoleh. Hasil buminya dirembat kuasa luar, hidup pula bersepah-sepah.

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL
Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) – HARAKAHDAILY 12/1/2026

- Advertisement -