Pencerobohan AS ke atas Venezuela langgar Undang-Undang Antarabangsa

Muhammad Khalil Abdul Hadi
- Advertisement -

PAS mengecam sekeras-sekerasnya tindakan Amerika Syarikat mencabuli kedaulatan dan menyerang Venezuela lewat malam semalam disusuli dengan penculikan Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isterinya.

- Advertisement -

Tindakan keji tersebut jelas melanggar undang-undang antarabangsa apatah lagi menculik seorang Presiden yang sah bagi sebuah negara yang berdaulat tanpa sebarang asas yang kukuh.

Dunia perlu bertindak segera menghalang Amerika Syarikat dari terus bermaharajalela menyerang sesebuah negara mengikut kehendaknya. Majlis Keselamatan PBB yang bersidang esok perlu mengenakan sekatan dan tekanan yang amat keras ke atas Amerika Syarikat.

Tindakan Amerika Syarikat tersebut bukan hanya mampu mengugat kestabilan rantau Amerika Selatan bahkan mampu membuka ruang kepada konflik yang lebih besar di seluruh dunia yang mampu mengheret lebih banyak negara ke kancah peperangan.

Sudah sampai masanya negara-negara di seluruh dunia bersatu seterusnya bertindak menghalang kerakusan Amerika Syarikat dan sekutunya dari terus bermaharajalela dan bertindak diluar batas undang-undang antarabangsa di seluruh pelusuk dunia.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pemgerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 4/1/2026

- Advertisement -