Hukum cium kanak-kanak

- Advertisement -

Soalan:

Apakah hukumnya mencium kanak-kanak perempuan seperti yang dilakukan oleh setengah orang apabila bertemu anak-anak jiran atau anak-anak sahabatnya?

- Advertisement -

Jawapan:

Hukum mencium kanak-kanak perempuan yang masih kecil pada pipinya atau dahinya atau kepalanya atau perempuan mencium kanak-kanak lelaki ketika bertemu kerana kasih sayang sesama makhluk adalah harus.

Berkata Imam Nawawi:

وأما ‌تقبيل خد ولده ‌الصغير وولد قريبه وصديقه وغيره من صغار الأطفال الذكر والأنثى على سبيل الشفقة والرحمة واللطف فسنة وأما التقبيل بالشهوة فحرام سواء كان في ولده أو في غيره

Ertinya: “Dan adapun mencium pipi anaknya yang masih kecil dan anak saudara maranya dan anak sahabatnya dan lainnya daripada budak-budak yang masih kecil lelaki dan perempuan atas jalan menyayangi dan rahmat dan lemah lembut maka hukumnya adalah sunnah. Dan adapun cium dengan syahwat maka hukumnya haram sama ada pada anaknya atau lainnya.” (Kitab Al-Majmu’)

Wallahua’lam.  HARAKAHDAILY 4/1/2026

- Advertisement -