Batik Fun Walk erat ukhuwah masyarakat

Dato' Andansura Rabu menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak yang turut menyertai Batik Fun Walk anjuran Ameerah Indera Mahkota, kelmarin.
- Advertisement -

KUANTAN: Program Batik Fun Walk anjuran Ameerah Indera Mahkota menjadi platform menggalakkan gaya hidup sihat di samping memperkukuh hubungan kemasyarakatan dalam kalangan wanita setempat.

- Advertisement -

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah, Dato’ Andansura Rabu, berkata, penganjuran program berbentuk santai seumpama itu selari dengan tuntutan Islam yang menggalakkan pembinaan hubungan sosial yang baik serta semangat kebersamaan dalam masyarakat.

“Program seperti ini bukan sahaja bertujuan menjaga kesihatan melalui aktiviti berjalan kaki, malah menjadi ruang mempererat ukhuwah dan hubungan sesama masyarakat,” katanya ketika merasmikan program tersebut di sini, kelmarin.

Menurutnya, program berkenaan turut membuka peluang pertemuan mesra dalam kalangan peserta untuk berkongsi pandangan, cadangan serta membincangkan pelbagai isu setempat yang boleh diusahakan penyelesaiannya secara bersama.

Katanya, pendekatan santai itu membolehkan program kemasyarakatan dimanfaatkan dengan lebih berkesan apabila wujud ruang perbincangan terbuka dalam suasana yang harmoni.

Andasura turut memuji kreativiti Ameerah Indera Mahkota yang memperkenalkan konsep Batik Fun Walk sebagai kelainan berbanding program kesihatan biasa, sekali gus meningkatkan tarikan penyertaan masyarakat.

Tambahnya, penganjuran program tersebut diharap dapat menyumbang kepada pembentukan kehidupan bermasyarakat yang rukun dan sejahtera, selain merakamkan penghargaan kepada penganjur serta semua peserta yang terlibat. – HARAKAHDAILY 22/12/2025

- Advertisement -