Ejen tiada komisen: Anthony jangan ‘sembang kari’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke disifatkan hanya ‘sembang kari’ dan cuba mengelirukan rakyat berhubung isu pelantikan ejen pemungut bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

- Advertisement -

​Setiausaha Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, kenyataan Menteri bahawa ejen pemungut tidak mendapat komisen atau keuntungan daripada JPJ adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

​Beliau mempersoalkan logik di sebalik kenyataan tersebut memandangkan syarikat swasta yang dilantik bukanlah badan bukan kerajaan (NGO) yang melakukan kerja kebajikan secara percuma.

​“Menteri nak cerita apa sebenarnya? Nak kata ejen tu buat kerja percuma? Dia ada sistem, ada pekerja, ada kos operasi. Semua ini perlu kewangan untuk ditanggung.

​“Mestilah dia akan dapat komisen atau keuntungan per transaksi JPJ. Kalau Menteri kata langsung tak ada, Menteri memang ‘sembang kari’,” katanya.

​Mengulas lanjut, Nurul Islam berkata, jika JPJ tidak membayar komisen kepada syarikat terbabit, kos tersebut akhirnya pasti akan ditanggung oleh pengguna yang menggunakan perkhidmatan itu.

​Justeru, beliau mencabar Anthony Loke untuk bersikap telus dan tidak berdolak-dalih mengenai sumber pendapatan sebenar ejen kutipan tersebut.

​“Saya cabar Menteri dedahkan surat tawaran dan perjanjian antara JPJ dan syarikat Rider Gate Sdn Bhd, kalau beranilah.

​“Kita boleh tengok sama-sama apa yang syarikat itu akan dapat dan siapa yang akan bayar dia. Jangan pura-pura tak faham apa yang rakyat timbulkan,” tegasnya.

​Menurut beliau, persoalan pokok yang dibangkitkan rakyat adalah mengapa syarikat yang mempunyai rekod masalah kewangan dipilih oleh kementerian untuk mengendalikan urusan penting JPJ.

​Ujarnya, Menteri sepatutnya menjawab secara terus terang alasan pemilihan syarikat tersebut dan bukannya berputar-belit seperti ‘sesat dalam bulatan lapan ujian memandu’.

​“Yang kau pusing-pusing tak jumpa jalan keluar dalam bulatan lapan ujian JPJ tu apesal? Memalukan betul. Patutlah orang Cina pun dah mula tolak DAP,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 11/12/2025

- Advertisement -