Warkah buat pengundi DUN Balung

- Advertisement -

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

- Advertisement -

Saya mengarang penulisan ini dengan satu harapan yang besar untuk tanah tempat kita berpijak, Balung yang kita cintai bersama.

Saya percaya, setiap keluarga di sini berhak menikmati kehidupan yang lebih baik, kemudahan yang lengkap, peluang pekerjaan yang terbuka, serta masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita.

Saya berazam untuk berkhidmat dengan sepenuh hati, bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan suara rakyat Balung.

Saya ingin melihat jalan raya yang lebih selamat dan terurus, kemudahan kesihatan yang lebih baik dan mudah dicapai, serta pembangunan prasarana khususnya sekolah yang mampu meningkatkan taraf hidup kita semua.

Saya ingin menjadi seorang pemimpin yang bukan hanya hadir ketika diperlukan, tetapi sentiasa bersama rakyat.

Saya mahu mendengar, memahami dan bertindak. Dengan sokongan dan doa tuan puan, ibu ayah, adik kakak semua, insya-Allah, kita mampu membawa perubahan yang lebih baik.

Kita bina Balung yang maju, sejahtera dan membanggakan.

Esok akan berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17.

Pastikan kad pengenalan sudah dibawa bersama sebelum bergerak ke pusat mengundi.

Buatlah pilihan yang terbaik, kerana setiap undi menentukan masa depan kita semua. Kasi Bagus Sabah!

DR MUNZIER MAHAMUD
Undilah calon No.10, N.67 Balung
“Dekat Di Hati, Teguh Berkhidmat” – HARAKAHDAILY 28/11/2025

- Advertisement -