Tawaran PN di PRN Sabah tuntutan massa

- Advertisement -

SEBANYAK 42 calon PERIKATAN NASIONAL (PN) akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, iaitu enam calon Pas dan selebihnya daripada BERSATU, serta 3 calon Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

- Advertisement -

Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, akan bertanding di N48 Sugut (18,435) dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan N16: Karambunai (39,247) serta calon PAS lain N23: Petagas (20,116) Dr. Mohd Afifi Shaiffuddin, N63: Kunak (24,854) Kasman Karate, N67: Balung (22,252) Dr. Munzier Mahamud, N71: Tanjung Batu (27,428) Ahmad Dullah dan N72: Merotai (26,179) Hasan Haris.

Mereka di antara calon dikemuka bersama 90 peratus muka baharu masing-masing mempunyai rekod yang baik dari segi profesyen dan cemerlang atribut serta karakter pemimpin yang disaring ketat agar tidak mengulangi peristiwa lompat parti di samping potensi tinggi menang kelak.

Indikator kepemimpinan dilihat dari aspek tahap kepedulian pemimpin mendengar suara rakyat telah digariskan dalam 159 tawaran melalui 12 tunjang utama Perikatan Nasional untuk pembangunan negeri Sabah yang disusun secara komprehensif, cermat dan realistik termasuk isu kebajikan mahasiswa.

Penulis mencadangkan beberapa bantuan kebajikan waktu mengikuti satu ceramah oleh Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin, mantan Menteri Pelajaran Malaysia selaku ahli parlimen Putrajaya dan Naib Presiden BERSATU Malaysia dalam ceramah kelompok PRN di Sabah awal November lalu.

Antaranya tiket penerbangan pelajar bawah subsidi penerbangan “Mahasiswa Sayang Sabah” sebanyak RM1,000 setahun setiap anak Sabah yang menuntut di IPT di Semenanjung Malaysia, Sarawak dah Wilayah Persekutuan di Labuan. Akses pendidikan percuma di universiti Kolej Sabah dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah mengurangkan beban pelajar peringkat awal menjejak kaki di menara ilmu.

Malah Dana Mahasiswa Sabah menjadi terma entri dalam tawaran sebanyak RM150 juta bagi tempoh 5 tahun termasuk wang off melanjutkan pengajian dengan pecahan kadar ijazah RM2,500 dan masing-masing RM2,000 bagi diploma dan matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 pula RM500.

Meskipun ada pihak menjanjikan makzul hutang PTPTN tetapi tidak relevan dengan kos semasa tetapi cadangan terarah pada popular dan retorik politik yang memangsa pengundi kerana terperangkap dalam isu kebajikan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluncurkan pelan pembangunan sempena PRN Sabah dengan mengambil kira keperluan sebenar rakyat serta kekuatan strategik yang dimiliki Sabah dalam pelbagai sektor. Tawaran itu difahamkan disusun diteliti melalui kajian terperinci oleh saranan pakar ekonomi, ahli akademik, wakil masyarakat dan kelompok industri bagi memastikan setiap cadangan memberi manfaat terus kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Inisiatif dan usaha memperkukuh integriti pentadbiran dengan mewujudkan tadbir urus yang lebih telus bagi menangani isu ketirisan, rasuah dan kelemahan pengurusan yang selama ini didakwa menjadi penghalang utama kemajuannya. Sabah merupakan negeri yang kaya dengan sumber semula jadi, potensi tanah, pelancongan dan industri. Namun, kekuatan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengurusan sebaliknya tawaran bawah slogan “Kasi Bagus Sabah” signifikan upaya sumber Sabah kelak.

Isu asas bekalan air, jalan raya dan elektrik mendapat perhatian khusus melalui pendekatan tetapan semula (reset) infrastruktur bernilai RM3 bilion untuk menyelesaikan isu bekalan air terawat, penyelenggaraan dan pembaikian jalan dengan kadar segera.

Malahan pemulihan sistem tenaga elektrik Sabah dan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo Sabah diteliti aspek pemudah cara pelaksanaan. Manakala penstrukturan semula urbanisasi bandar dengan menaik taraf sistem saliran utama dan sokongan infrastruktur tebatan banjir diperuntukan sebanyak RM500 juta.

Dalam menyelesaikan isu rakyat yang agak kritikal melalui pelaksanaan projek penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang yang dirancang secara teratur dan tidak mengulangi kegagalan projek atau ketirisan hingga projek tergendala atau kerugian akibat hilang atribut telus dan sifat integriti tinggi. PN menyasarkan penjanaan momentum ekonomi baru dengan menggandakan kedatangan pelancong, mengukuhkan sektor pertanian dan perikanan, dan mewujudkan 80,000 pekerjaan menjelang 2030.

Sementara kebajikan dan kualiti hidup keluarga B40 dan M40, termasuk pengukuhan jaringan keselamatan sosial, penyediaan perumahan mampu milik, bantuan keusahawanan serta program latihan kemahiran yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan kemampuan rakyat bersaing dalam pasaran pekerjaan.

Dalam aspek perlindungan sosial, PN menawarkan RM4,800 setahun bagi keluarga miskin, perlindungan insurans percuma sehingga RM15,000, dan dana perumahan RM1 bilion untuk skim sewa beli dan rumah kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah.

Keselamatan sebagai tonggak penting apabila PN menuntut penyelarasan lebih ketat dengan agensi persekutuan, pemantauan yang dipertingkat, dan tindakan lebih tegas terhadap ancaman rentas sempadan. Meskipun wujud kebimbangan bahawa sebahagian tawaran PN

berada bawah bidang kuasa persekutuan seperti pendidikan, keselamatan dan kesihatan namun kerangka tawaran dapat direalisasi apabila PN mengambil alih tampuk Putrajaya pascausai PRU ke-16 kelak.

Selain itu, PN akan menubuhkan Tabung Masa Depan Sabah (SFF), iaitu sebuah dana mega dengan modal permulaan berperingkat sebanyak RM10 billion jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Selanjutnya PN akan memperjuangkan ketetapan dalam Perjanjian Malaysia 1963, iaitu 40 peratus hasil bersih Sabah mesti dikembalikan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Suatu yang dilihat serius dalam tawaran itu apabila Tan Sri Muhyiddin memperkenalkan agenda Mineral Untuk Sabah Termaju (MUST), iaitu satu pelan bagi menjadikan industri mineral sebagai sumber kekayaan baharu Sabah yang diletakkan di Kementerian khusus akan ditubuhkan jika PN kembali ke Putrajaya kelak bagi menguruskan industri mineral Sabah. Elemen utama suatu pelan pembersihan menyeluruh sektor perlombongan Sabah, selepas berbulan-bulan ia dibayangi dakwaan skandal lesen cari gali bahan mineral

Langkah membentangkan Kertas Putih Industri Mineral Sabah bagi operasionalisasi pengurusan sumber mineral, termasuk pemberian konsesi dan lesen dilihat telus, komitmen tinggi dan suatu pola dinamika ekonomi penduduk tempatan agar rakyat Sabah dapat menikmati sepenuhnya manfaat daripada simpanan mineral bukan segelintir pemimpin rasuah yang menimbulkan kebimbangan tentang tadbir urus sektor itu.

Oleh itu, tawaran merupakan satu kerangka pembangunan jangka panjang yang mampu melonjakkan Sabah sekiranya gabungan itu diberikan mandat pemerintahan kelak.

Dr Zulkeflee Yaacob

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio@Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 23/11/2025

- Advertisement -