Skim bantuan: PN selami kesusahan pekerja P-Hailing

Dr Munzier Mahamud
- Advertisement -

TAWAU: “Percaya atau tidak bila saya kata para pekerja P-Hailing ni, mereka selalunya bangun awal pagi dan balik lewat malam,” kata calon PERIKATAN NASIONAL (PN) DUN Balung, Dr Munzier Mahamud.

- Advertisement -

Bagaimanapun, katanya pendapatan mereka untuk keluarga masih cukup-cukup makan sedangkan minyak motosikal habis perlukan duit,

Begitu juga, ujarnya apabila motosikal rosak perlu dibaiki, begit juga sekiranya badan tidak sihat, maka mereka tidak dapat keluar bekerja.

“Untung pula ada pasang surutnya. Akhirnya, ada yang terkesan,” ujarnya dalam hantaran di Facebooknya

Beliau berkata, PN menyelami segala kesusahan yang dialami oleh para pekerja P-Hailing.

“Oleh sebab itulah, kita nak wujudkan Skim Bantuan P-Hailing Prihatin Sabah.

“Biar pekerja P-Hailing kita yang ramainya golongan anak muda ni, boleh bekerja dengan lebih selamat dan berbaloi dengan masa yang mereka peruntukkan.

“Bukan apa, saya amat faham, kalau pendapatan stabil, hidup pun akan lebih tenang,” tambahnya.

PN dalam tawaran Kasi Bagus Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 ini, akan memperkenalkan Skim Bantuan P-Hailing Sabah dengan peruntukan RM2.5 juta setahun kepada 5,000 anak muda yang terlibat dalam industri penghantaran barangan menggunakan motosikal untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan motosikal serta perlindungan insurans.

Justeru, beliau amat berharap tawaran PN itu akan dapat dilaksanakan nanti.

Menurutnya, orang Sabah dan penduduk Balung semuanya kuat dan rajin kerja.

Dr. Munzier bakal berdepan saingan 11 penjuru di DUN Balung yang mempunyai 22,252 pengundi berdaftar.

Beliau merupakan calon terbaik berdasarkan latar belakang profesional dalam bidang perubatan dan dikenali ramai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 29 November manakala pengundian awal 25 November.

Seramai 1,784,843 pengundi layak mengundi pada PRN kali ini yang terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera berserta pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan. – HARAKAHDAILY 23/11/2025

- Advertisement -