Langkawi semakin mewah, bukan semakin sunyi

Pelancong berduit ambil alih pulau lagenda

- Advertisement -

SEPULUH bulan dulu, Faisal Tehrani menulis dalam FMT. “.. Langkawi di bawah kelangkang PAS terus merudum, sebaliknya Ipoh dalam dakapan DAP semakin menjadi tumpuan pelancong”.

Aku bukan nak defend PAS sebab Langkawi bukan di bawah PAS tetapi di bawah Kerajaan Pusat. Menulis propaganda jauh lebih mudah berbanding menulis dengan fakta dan angka.

Adakah Langkawi semakin sunyi? Bagi aku, Langkawi semakin aman tenteram bila yang kaki kutuk dan kompelin sudah beralih ke Ipoh dan Hatyaai. Pelancong bajet makin berkurangan sebaliknya yang datang ialah pelancong berduit.

Bila kaki kompelin ni dah tak ada, orang yang betul-betul nak bercuti mengambil alih. Pelancong tidak menurun sebaliknya makin bertambah. Boleh tengok jumlah kedatangan pelancong setiap bulan hingga Ogos 2025 tu.

Of course, ada perubahan bila pelancong bajet tak datang lagi. Hotel dua bintang ke bawah tutup kedai. Banyak hotel-hotel murah yang nak dijual. Restoran biasa-biasa banyak yang tutup.

- Advertisement -

Tapi hotel lima bintang tumbuh macam cendawan dan kafe-kafe hipster tumbuh di ceruk kampung dan di tengah bendang. Trend pelancongan Langkawi dah berubah. Terima kasih la kepada semua yang mengutuk Langkawi dulu.

Adakah Langkawi akan menjadi semakin murah? Tidak. Hotel lima bintang ni di luar kemampuan pelancong bajet. Tunggu la kot dapat penginapan percuma menang lucky draw. Kafe hipster ni tak murah.. kopi pun 8 ringgit secawan.

Bila Langkawi dah aman dan tenteram, ia menarik minat pelancong yang tak suka kepada crowd dan kebisingan. Phuket, Pattaya dan Koh Samui tidak lagi menjadi pilihan sebaliknya depa datang ke Langkawi. Orang-orang macam ni la yang membuat review dalam Conde Nast Traveler sehingga meletakkan Langkawi sebagai pulau kedua terbaik di Asia, mengatasi Phuket dan Koh Samui.

Peningkatan pelancong luar ini juga mengubah komposisi pelancong. Dua tahun dulu, pelancong tempatan 70 peratus, pelancong luar 30 peratus.

Sekarang dah terbalik. Pelancong luar 60 peratus, pelancong tempatan 40 peratus.

Apa khabar Ipoh? Tahniah Perak kerana menjadi negeri yang tertinggi menerima pelancong seramai 10.2 juta orang. Hangpa patut berterima kasih kat Faisal Tehrani kerana berjaya menarik pelancong yang sepatutnya ke Langkawi pergi ke Ipoh.

Berapa pendapatan yang diperolehi oleh Perak dari 10 juta pelancong ini? Nak bagitau pun depa malu. Aku sampai minta tolong kat orang tapi tak jumpa angkanya.

Nasib baik la ada AI yang jumpa petikan dalam The Star. “Perak menjangkakan pendapatan sekitar RM300 juta bagi tahun 2025 berdasarkan peningkatan ketibaan pelancong. “

RM300 juta saja! Maknanya tahun 2024 tak sampai RM300 juta.

Malu la. Langkawi yang menerima hanya 2.9 juta pelancong berjaya menjana pendapatan sebanyak RM 7.03 bilion! Hangpa dapat 10 juta pelancong tapi cuma dapat tak sampai suku bilion. Atau pun angka 10 juta itu sengaja dibuat- buat?

Apa yang boleh disimpulkan sedagha-sedagha?

Janganlah dengar cakap Menteri. Janganlah dengar cakap-cakap pakar-pakar pelancongan  yang menyuruh Langkawi belajar dari Siam dan DAP.

Siam pun belajar dari Langkawi. Mulai tahun depan, Siam akan mengutamakan ‘quality over quantity’.

MAT SAMAN KATI – HARAKAHDAILY 11/11/2025

Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/p/1PZ8cu9wy5/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -