Perlu kaji semula reka bentuk projek PLSB Sungai Golok

- Advertisement -

KOTA BHARU: Reka bentuk projek Pembangunan Lebangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok perlu dibuat semula bagi meningkatkan kemampuan benteng banjir dan saliran air ketika musim tengkujuh.

- Advertisement -

Kamaruzaman Mohamad (PAS-Gual Periok) berkata, sejak dilaksanakan empat tahun lalu sehingga kini kemudahan tersebut tidak berperanan sepenuhnya sehingga berlaku banjir yang semakin teruk.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan kini melaksanakan langkah kontigensi sebagai persediaan hadapi bencana yang dijangka berlaku akhir tahun ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan supaya reka bentuk projek PLSB Sungai Golok ini dikaji semula sepenuhnya kerana empat tahun akhir-akhir ini ia menjadi punca banjir buruk.

“Jadi mungkin sudah sampai masanya satu kajian menyeluruh dibuat semula untuk pastikan projek ini dapat berjalan dengan baik dan tidak memberi kesan yang lebih besar kepada rakyat,” katanya.

Beliau membangkitkan masalah kemudahan awam yang dilihat agak ketinggalan berbanding DUN lain dalam jajahan Pasir Mas, ketika berucap pada sesi perbahasan Belanjawan Kelantan 2026 di sini semalam.

Beliau menambah, sehingga kini DUN terbabit tidak mempunyai sebarang prasaran awam termasuk padang bola berskala penuh di Rantau Panjang, malah sebarang aktiviti belia diadakan di Pasir Mas.

“Untuk Liga ELite DUN kami terpaksa bermain di Stadium Pasir Mas keluar dari DUN Kami, tiada taman rekreasi keluarga di Rantau Panjang dan tiada pasar basah setempat jadi pusat ekonomi setempat.

“Maka melalui polisi satu PBT satu padang dengan dana sebanyak RM80.8 juta dan taman awam sebanyak RM2 juta, saya ingin merayu Gua Periok diberikan keutamaan dalam Belanjawan Kelantan 2026,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/11/2025

- Advertisement -