
1. Sejak berzaman peta dunia sentiasa berubah mengikut perkembangan geopolitik semasa.
2. Peta dunia yang wujud pada hari ini adalah hasil perubahan politik yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
3. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua maka terbentuknya satu sistem yang dipayungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang bermula pada tahun 1948.
4. Sistem di atas menyebabkan perhubungan antara keseluruhan negara yang bernaung di bawah UN sama ada secara langsung atau tidak langsung.
5. Semenjak itu tidak berlaku banyak perubahan kepada peta dunia kecuali perubahan kecil khususnya selepas kejatuhan Soviet Union pada tahun 1989 yang menyebabkan sebahagian besar wilayah yang berada di bawahnya mengisytiharkan kemerdekaan seperti Ukraine, Tajikistan, Uzbekistan dan lain-lain lagi.
6. Perkembangan politik semasa memberi bayangan, dunia sedang menuju kepada satu perubahan geopolitik berskala besar yang bakal merubah peta bahkan sistem baharu dunia sama ada politik mahupun ekonomi.
7. Imperalisme Barat yang dikuasai Amerika Syarikat dan gerakan Zionisme sedang mengorak langkah bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing.
8. Negara haram Israel telah mengisytiharkan agenda peluasan Israel atau Israel Raya yang merangkumi sebahagian besar negara di Timur Tengah.
9. Amerika Syarikat pula memberi fokus kepada negara-negara lemah di Amerika Selatan seperti Venuazela, Columbia dan yang sewaktu dengannya bagi menguasai simpanan minyak dan gas.
10. Manakala negara-negara Eropah dijangka bakal bertembung dengan Rusia.
11. Adapun China lebih mengutamakan ‘Perang Ekonomi’ dengan Amerika Syarikat.
12. Persoalannya, kemanakah hala tuju Dunia Islam dengan perubahan yang sedang berlangsung ?
13. Dunia Islam mendambakan kepimpinan yang mampu membawa perubahan ke arah kegemilangan sistem Islam yang adil dan saksama bagi menggantikan sistem yang rosak lagi merosakkan pada hari ini.
“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”
DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi
Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat – HARAKAHDAILY 27/10/2025











