
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, buat hal untuk sekian kali apabila mewajarkan majlis rasmi dihidang minuman alkohol atau arak dengan alasan acara tersebut atas inisiatif pihak industri dan sektor swasta.
Tambahnya, hidangan makanan dan minuman di majlis makan malam tersebut bukan di bawah penyediaan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.
Acara rasmi kerajaan melarang bentuk minuman dan makanan yang dikriteria ‘larangan’ termasuk arak selain legasi pemerintah berteraskan raja berperlembagaan, iaitu raja atau sultan sebagai ketua agama Islam.
Meskipun tidak melibat baginda tetapi memelihara prinsip Islam sebagai agama Persekutuan di bawah Fasal 3 malah tetamu beragama Islam yang hadir berasa tidak selesa dan meninggalkan majlis lebih awal.
Difahamkan juga ada persembahan kanak-kanak sekolah perlu akur protokol majlis rasmi negara dilihat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta agensi di bawahnya termasuk, Tourism Malaysia cuai dan mengabaikan pemakaian terma larangan dalam acara rasmi kerajaan ketika penggunaan sumber jana dan fasiliti dibiayai dana kerajaan.
Dalam satu video dimuat naik di media sosial, tersebar Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin mempersoalkan tindakan penganjur yang menghidangkan arak secara terbuka dalam majlis rasmi kerajaan sempena pelancaran Kalendar Acara 2026 Tourism Malaysia yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing.
Dalam video berasingan, beliau juga mengkritik tindakan Tourism Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan jenama syarikat minuman antarabangsa Starbucks sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Katanya, langkah itu menimbulkan keresahan awam memandangkan jenama syarikat tersebut sering dikaitkan dengan isu sensitiviti berhubung konflik Palestin.
Kerajaan madani perlu meneliti latar belakang dan kompeten individu untuk dilantik sebagai petinggi atau menteri berdasarkan akademik, kompeten disiplin pengajian, akal budi dan akhlak serta praktikal kepercayaan kepada tuhan dalam prinsip rukun negara pertama bukan kuota parti yang dilihat mencermin kegagalan dan kelemahan tadbir urus dan mengganggu-gugat keharmonian dalam masyarakat majmuk yang majorti Melayu Islam.
Apalagi kenyataan menteri mabuk konon hal remeh isu hidangan arak dalam ucapan rasmi kerana mengatakan tetamu bebas memilih untuk minum atau tidak.
Ini secara langsung tidak hormat sensitiviti majoriti dan ketua negara, raja atau sultan dan ketua eksekutif Perdana Menteri yang namanya Melayu dan seorang Islam.
Oleh itu, barisan ahli kabinet perlu tertakluk pada prinsip rukun negara dan sejarah nusa kerana orang terpelajar bukan semata-mata tinggi ilmu tetapi seorang intelektual dapat asimilasi dan integrasi budaya, istiadat, nilai baik serta berakhlak tinggi.
DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 8/10/2025











