
Zionis Israel merupakan ideologi rasis dan kolonialisme yang upaya bertahan kerana mendukung apartheid dan genosida. Fenomena ini disaksikan dunia bahawa keganasan dan kekejaman atau tirani Israel yang bebas membunuh dan menyerang negara yang diinginkannya tanpa diminta pertanggungjawaban punca menuai krisis kemanusiaan tahap tinggi dan mengancam kestabilan negara serta perdamaian global.
Atribut komuniti antarabangsa semakin sedar sifat konyol atau sia-sia Zionis Israel. Kebenaran dan hak kehidupan warga Palestin yang bersabar sekian dekad semata-mata membela tanah Palestin bukan aksi anti-Semit, iaitu keluarga Ibrani dan Amharik serta Arab di Timur Tengah tetapi Israel dilihat kental kerana menerima bantuan dan sokongan persenjataan dan dana dari Amerika Syarikat (AS), negara Eropah dan Barat.
Britain membekal sebanyak 110,000 butir peluru ke Israel pada Ogos lalu, ketika tentera Israel meningkatkan serangan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Media Channel 4 melaporkan, penghantaran sejumlah £20,000 (RM113,299) sebahagian daripada peningkatan keseluruhan eksport senjata United Kingdom (UK) ke Israel, dengan jumlah penghantaran bagi Ogos melebihi £150,000 (RM849,690), dilihat kedua tertinggi sejak Januari 2022.
Jerman menyumbang 30 peratus daripada import senjata di antara 2018 dan 2023 menjadi negara pembekal senjata utama kepada Israel. Sumber massa tahun 2022, Israel menandatangani perjanjian 3 bilion euro (kira-kira RM 15.6 bilion) untuk membeli tiga kapal selam diesel kelas tinggi Dakar dari Jerman, untuk menggantikan kapal selam kelas Dolphin dalam perkhidmatan Tentera Laut Israel menjelang tahun 2031. Ekoran serangan 7 Oktober 2023, jualan senjata Jerman kepada Israel meningkat secara mendadak kepada 326.5 juta euro (kira-kira RM1.7 bilion), iaitu peningkatan 10 ganda berbanding tahun sebelumnya.
Manakala Itali juga negara pembekal kekal senjata kepada Israel meskipun saiz negara kecil tetapi pesawat latihan dan peralatan militernya signifikan persenjataan perang moden. Firma Itali, Leonardo menyediakan jet M-346 untuk Tentera Udara Israel dan eksport senjata berterusan ke Israel walaupun restrum perdebatan antarabangsa mengenai konflik berkenaan bergema terutama di podium PBB.
Sementara Presiden AS, Donald Trump telah mengumumkan proposal menamatkan perang di Gaza bersama Benjamin Netanyahu di White House dengan menyebut sebagai hari bersejarah bagi perdamaian sambil menokok, presiden Israel itu mendapat dukungan AS untuk menyelesaikan tugas menghapuskan Hamas di Palestin.
Dalam proposal dilihat penarikan pasukan Israel secara berperingkat dari wilayah yang terkepong, pembentukan badan antarabangsa yang bertugas melucutkan sepenuhnya Hamas dari mendominasasi Gaza. Trump akan membentuk dewan perdamaian yang turut dianggotai mantan PM Inggeris, Tony Blair dan tokoh lain manakala Hamas tidak dilibatkan langsung dalam tadbir urus Gaza kelak.
Sumber Palestin di dalam BBC antarabangsa menyatakan terdapat 20 point tetapi 21 point dirilis media al Jazeera dalam rencana Trump tersebut. Sumber dari AFP dan CNBC Indonesia menyatakan butiran proposal, iaitu pemberhentian serta merta operasi tentera pada garis pertempuran akan dibekukan hingga prasyarat penarikan bertahap sepenuhnya.
Hamas dituntut meletakkan senjata durasi 72 jam dengan semua terowong dah fasilitas senjata dimusnahkan dan menyerahkan tebusan sama hidup atau mati, setiap tebusan Israel yang jenazahnya dibebaskan diganti 15 jenazah Gaza yang terkorban.
Dengan persetujuan proposal kelak penghantaran bantuan penuh akan disegerakan ke jalur Gaza manakala komuniti Palestin yang akan menjadi pemerintah sementara termasuk ahli teknokrat bukan dari kalangan ahli politik termasuk Hamas tidak mempunyai peranan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pemerintahan di Gaza.
Urusan pentadbiran mendapat pengawasan dan pemantauan badan transisi antarabangsa, iaitu Dewan Perdamaian yang dipimpin oleh Trump dan mantan PM Inggeris , Tony Blair sebahagian dari badan itu bersama pemimpin dipilih kelak.
Fokus proposal Trump, terhadap ekonomi untuk pembangunan Gaza dan Israel tidak lagi menduduki Gaza serta pasukan tentera Israel perlu berundur dari wilayah itu secara berperingkat. Selanjutnya warga Palestin tidak dipaksa meninggalkan Gaza sebaliknya proposal menyebut AS akan mendorong orang asing tinggal dan menawarkan kesempatan membangunkan Gaza dan wadah terbentuk negara Palestin yang melibatkan warga Palestin dan entiti antarabangsa yang dipersetujui negara Mesir, Jordan, Arab Saudi, UAE, Qatar dan beberapa negara asing untuk mengakhiri perang di Gaza.
Sehubungan itu, Ziyad Nakhaleh, Setiausaha Agung Jihad Islam Palestin mendepani reaksi bahawa sidang media di antara Trump-Netanyahu merupakan penjanjian Amerika-Israel yang meletakkan kedudukan penuh Israel dan resipi pencerobohan terhadap Palestin dengan memaksa melalui AS setelah gagal melalui peperangan hanya mencetuskan api di rantau itu.
Sementara Presiden Rusia, Vladimir Putin memperbaharui peringatan tegas kepada Trump dan Netanyahu bahawa Gaza papan catur politik tempat negara adidaya bebas memainkan kepentingan mereka kerana penderitaan warga Palestin bukan alat tawar-menawar geopolitik tetapi tragedi kemanusiaan yang menuntut tanggungjawab moral dunia. Kremlin melihat dinamika politik antarabangsa dan jalur konfrontasi lebih luas yang akan meningkatnya ketegangan global dan Rusia telah menetapkan negaranya sebagai pengimbang strategi AS-Israel di Timur Tengah.
Meskipun Yaman melalui 120 jet tempur mengebom bagunan di Tel Aviv, stesyen dan premis penyiaran televisyen dan radio, bank pusat, universiti utama hancur remuk tinggal puing dan sisa batu tetapi sayap kanan Israel termasuk Ben-Gvir lahir 1976, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Smotrich, Menteri Kewangan lahir 1980, mereka ekstremis Zionis menolak keras proposal Gaza dan mendesak perang dilanjutkan ketika Netanyahu menyanjung tinggi Donald Trump di Washington 30 September lalu.
Konflik antara kubu sayap kanan Israel dan tuntutan awam massa untuk menamatkan perang segera dihitung dari perspektif Isreal musuh warga AS kerana membunuh anak Palestin, dasar rasis dan kos menanggung perang lebih USD300 juta. Namun Israel mendakwa AS terhutang dengannya dan Israel yang mengendalikan AS. Ini menyebabkan warga AS menuntut hentikan hubungan diplomatik dengan Israel yang dianggap bukan sekutu AS dan sia-sia menyalurkan dana kepada Israel.
Ia dilihat bertentangan dengan fakta bahawa warga AS dibebani masalah Israel kerana dana awam membiayai perang. AS adalah pembekal senjata terbesar Israel, iaitu 69 peratus daripada import senjata konvensional di antara 2019 dan 2023, menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (Sipri). Israel menerima AS$3.8 bilion (RM17.1 bilion) dalam bentuk bantuan ketenteraan tahunan bernilai AS$3.8 bilion (kira-kira RM17.1 bilion) daripada AS. Angka ini termasuk AS$500 juta (RM2.25 bilion) untuk sistem pertahanan peluru berpandu seperti Iron Dome, Arrow, dan David’s Sling.
Pascaperang 7 Oktober 2023, AS telah menghantar ribuan peluru berpandu dan fasiliti ketenteraan untuk menyokong usaha pertahanan Israel seperti dipetik media BBC bahawa bantuan itu untuk memastikan upaya ketenteraan kualitatif Israel di Timur Tengah. Ini suatu kerugian dan mencemar imej negara adidaya pada pandangan dunia sedangkan perang dalam kehidupan Israel tetapi yang menyakitkan warga AS kerana dianggap musuh utama dunia.
Presiden Islandia, Michael Higgins mengangkat bicara agar Israel dan negara sekutu pembekal senjata diusir dari PBB. Beliau antara pejuang hak asasi manusia (ham) dan pernah mengecam invansi Iraq, membongkar tragedi elmozote dan berani berkunjung ke Gaza. Sikap dan bicaranya vokal memberi kesan moral tinggi terhadap kesatuan Barat mula retak kerana entiti komuniti Eropah sering membicara soal demokrasi dan hak asasi tetapi banyak anggotanya diam ketika puluhan ribu genosida di Palestin.
Walaupun Islandia mempunyai saiz tentera kecil tetapi sikap menampil dan mempamerkan atribut nilai keberanian politik dan membela warga Gaza atas genosida Israel. Ini tekanan kepada Israel yang dilindungi sekutu besar terutama AS tetapi terisolasi secara moral. Media Israel melevel Higgins sebagai tokoh anti-Zionis dan tanda kritik dari Eropah sebagai ancaman sama ada lisannya tenggelam di gurun pasir atau percikan awal persengketaan politik di Eropah. Apalagi induksi daripada Higgins menyindir Trump ketika berkunjung ke Inggeris bahawa Washington sekutu paling setia kepada Israel.
Presiden Colombia Gustavo Petro pula secara rasmi mengusir semua diplomat Israel dari negara Amerika Latin dan mencabut perjanjian bebas di antara Colombia dan Israel sebagai protes setelah kapal perang Israel mengadang armada bantuan Gaza, Global Sumud Flotilla, dan menangkap para aktivis yang berpartisipasi dalam misi kemanusiaan tersebut. Petro, yang sangat menentang perang brutal Israel di Jalur Gaza, mengatakan dua warga negara Colombia yang berpartisipasi dalam armada tersebut ditahan oleh pasukan Israel.
Sebelumnya Petro menyeru tentera AS menolak perintah Trump atas kemanusiaan lebih penting dari politik menyebabkan visa rasmi Petro dilucutkan oleh Trump. Malah mencadangkan dunia membentuk pasukan penyelamat untuk pembebasan Palestin. Baginya veto AS memaksa semua negara tunduk, ia bukan demokrasi tetapi tirani atau pemerintahan yang kejam, menindas, tidak adil dan otoritas mutlak kepentingan diri daripada kebajikan warga atau penduduk dunia.
Induksi AS adalah wadah Israel bebas membunuh dan pembunuhan di Gaza sebagai strategi bertahan untuk hidup kerana masyarakat dunia gagal menghentikan keganasannya yang melampaui batas hukum kemanusiaan akibat media dunia khusus di Barat dikuasai Yahudi malah influencer dibayar $7.000 per postingan untuk propaganda di media sosial dibiayai Kementerian Luar Negeri Israel dalam menyelamatkan reputasinya di dunia. Israel akan berakhir atas taddabur Quran surah Al Maidah ayat 26 bahawa Allah menghukum Bani Israel kebingungan selama 40 tahun.
Oleh itu, keyakinan tauhid muslim bahawa mereka akan terima pembalasan tidak terjangka kelak dan tiada Hamas apabila tiada Zionis Israel.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 4/10/2025











