PAS Melaka umum Jawatankuasa Harian 2025-2027

- Advertisement -

AYER KEROH: Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka yang diadakan pada 26 Rabiul Awal 1447H bersamaan 19 September 2025, memutuskan pelantikan Jawatankuasa Harian PAS Negeri Melaka bagi sesi 2025-2027.

“Adalah dimaklumkan bahawa pelantikan Jawatankuasa Harian PAS Negeri Melaka bagi sesi 2025-2027 telah dicadangkan dan dipersetujui (dalam mesyuarat itu),” ujar Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Timbalan Pesuruhjaya I ialah Bakri Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya II disandang Ustaz Imran Abdul Rahman dan Timbalan Pesuruhjaya III ialah Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail.

Jawatan Setiausaha pula jelasnya dipegang Datuk Muhammad Jailani Khamis, Bendahari ialah Jamarudin Ahmad, manakala Ketua Penerangan ialah Ustaz Ahmad Bilal Rahudin.

Jawatan Pengarah Pilihan Raya pula tambahnya diamanahkan kepada Ir Mohd Hanim Abas, manakala Penolong Setiausaha I disandang Abu Khir Abu Bakar dan Penolong Setiausaha II ialah Adi Lodfi Jaafar.

Selain itu maklumnya, mesyuarat turut bersetuju melantik tujuh Ahli Badan Perhubungan lantikan iaitu Mohsin Ibrahim, Azmi Aziz, Mohd Dahlan Mohd Diah, Shamsul Bahrin Mohd Saad, Mohd Awal Din Mohd Nazir,  Hamzah Mohd Taib dan Shaharuddin Yusof. – HARAKAHDAILY 29/9/2025

- Advertisement -
- Advertisement -