Palestin suatu ‘mahkota tanpa takhta’ atas veto AS

- Advertisement -

AMERIKA Syarikat (AS) tetap memegang hak veto dan menggunakannya untuk menghalang apapun upaya Palestin menjadi anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pengakuan negara Palestin oleh negara-negara Barat hanya pola lama malah sejumlah 151 negara dari 193 negara anggota telah mengakui Palestin tetapi angka ini tiada makna atas veto AS.

- Advertisement -

Ini kerana pengakuan negara Palestin tanpa keanggotaan penuh di PBB umpama ‘mahkota tanpa takhta’ telah diingatkan oleh diplomat Palestin dalam sidang media di Janin 18 September lalu. Amerika Syarikat (AS) tetap memegang hak veto dan menggunakannya tanpa ragu dan menghalang apapun upaya Palestin menjadi anggota penuh PBB sejak 2012.

Sementara Presiden Prancis Emmanuel Macron dalam pidato di PBB menyatakan pengakuan negaranya terhadap Palestin dengan nada penuh keyakinan. Portugal pula melalui Menteri Luar Negeri Paolo Rangel menyebut langkahnya konsisten selaras hukum antarabangsa dan resolusi PBB. Malah Inggeris menunjukkan Hussam Zomloid sebagai duta besar Palestin pertama di London sebagai langkah diplomatik yang simbolis. Zomloid dalam kenyataannya momen ini sebagai koreksi atas kesalahan sejarah termasuk warisan kolonial Inggeris dan deklarasi Balfur.

Negara-negara Barat mengakui Palestin merdeka bukan kerana cakna kebajikan warga di Gaza tetapi sketsa di pentas dunia akibat terdesak atas tekanan rakyat lokal, protes global dan kemarahan dunia yang memberi tekanan mereka mengangkat suara vokal fasal perang Israel.

Rakyat Eropah dan Kanada beraksi di lapangan apabila menyaksikan rakaman langsung melalui video dan laporan massa serangan udara Israel yang menghancurkan hospital, sekolah dan pemukiman awam di Gaza.

Petunjuk dari soal selidik oleh badan Eurobarometer awal September lalu mendapati 68 peratus warga Eropah mendukung pengakuan negara Palestin dan 57 peratus mendukung tindakan lakuan jika serangan terhadap Gaza berlanjutan. Dukungan mereka dilihat dari sudut demografi di Eropah mendapati populasi muslim terus meningkat terutama di Perancis 10 peratus dari jumlah penduduk, Jerman mencapai jutaan orang dan Inggeris merupakan kelompok minoriti muslim terbesar kedua di Eropah.

Isu Palestin terlalu dekat dengan mereka yang turun bersama dalam unjuk rasa mega dicatat dalam sejarah Eropah terjadi di London, Paris dan Berlin pada Jun 2025 untuk menuntut gencatan senjata di Gaza. Peserta demo mega mencapai lebih 500,000 orang di setiap kota. Angka ini diakui pihak kepolisian tempatan dan memperlihat kesatuan muslim suatu tanda kekuatan sosial dan politik yang memberi tekanan dan perlu ditangani serius oleh ahli politik.

Manakala demonstrasi mega menggoncang asas politik Barat setiap minggu menuntut gencatan senjata dan menghentikan embargo atau perdagangan senjata melibatkan ratusan ribu orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang berlaku di Jerman, Perancis dan Inggeris.

Parti sayap kanan di Eropah memainkan isu demo untuk memecah-belahkan kesatuan rakyat tetapi isu Palestin telah menyatukan pelbagai kelompok muslim, Kristian, Yahudi properdamaian, aktivis hak asasi manusia (ham), mahasiswa,dan buruh dalam barisan solidariti moral.

Dalam soal selidik industri media YouGov awal September 2025 menunjukkan bahawa 71 peratus warga Inggeris berusia di bawah 35 tahun mendukung pengakuan negara Palestin dan 63 peratus mendukung solusi ketenteraan dengan Israel. Ini suatu gelombang baharu memperlihat dunia sedang menolak naratif lama dan peperangan senjata bukan veto negara adidaya untuk menentukan kompas sejarah dunia.

Pengakuan Barat terhadap Palestin di PBB tiada sanksi, embargo dan tindakan susulan untuk memaksa Israel menghentikan pembunuhan penduduk Gaza sebaliknya Israel berlanjutan melakukan pengeboman, perampasan tanah di tebing Barat dan AS masih kendali penuh ke atas Israel.

Ini dilihat sandiwara diplomatik untuk menyelamatkan nilai pemimpin Inggeris, Perancis, Kanada, Australia, Portugal dan negara-negara yang sekian puluhan tahun benteng dukungan politik dan tentera bagi Israel. Mereka tiada sifat keberanian tetapi taktik menyelamatkan wajah di hadapan dunia yang sedang marah.

Mereka vokal di Podium PBB pada 22 September lalu secara tiba-tiba bukan motivasi moral tetapi maklum balas akibat terdesak atas tekanan figura awam yang tidak terbendung di negara masing-masing seperti dilaporkan media Al Jazeera dan Royters. Malah tiada tindakan konkrit seperti menghentikan eksport senjata dan sekatan ekonomi terhadap Israel. Pengakuan mereka hanya titik kosong kerana tiada satupun negara berkenaan menarik duta besarnya dari Tel Aviv.

Benjamin Netanyahu dalam pidatonya di Yerusalam Timur pada 15 September lalu menegaskan bahawa wilayah ilegal yang diduduki sejak 1967 dan tidak akan ada negara Palestin. Kenyataannya bukan retorika tetapi penyataan tegas kepada dunia bahawa mereka tidak akan tunduk pada tekanan diplomatik sekalipun dari sekutunya.

Sosok jurucakap pemerintah Israel, Sospedrosian menyebut keputusan negara-negara Barat membuat pengakuan negara Palestin sebagai ‘karut’, iaitu tak masuk akal atau absurd kerana suatu hadiah kepada teororis. Inilah naratif yang dibangunkan untuk mengalihkan fakta bahawa mahkamah antarabangsa telah mengeluarkan perintah penangkapan terhadap pejabat tinggi Israel atas dakwaan kejahatan perang.

Israel telah memanggil balik duta besarnya di Ottawa, Paris dan London sebagai protes dan menangguh semua bilateral keamanan dan teknologi. Malah Israel mempertimbang meluas

pemukiman ilegal di tebing Barat seperti dipetik dari media analisis internasional crisis group sebagai bentuk balasan meskipun terangan melanggar hukum antarabangsa.

Di balik pengakuan ini ada krisis ideologi, liberalisme Eropah yang sinonim pembawa obor hak asasi manusia kini dianggap banyak kalangan intelektual dan sarjana keamanan dunia telah gagal total seperti Alexander Marcovich dari Austria dalam wawancara eksklusif dengan media Eropah pada Ogos lalu.

Pengakuan terhadap Palestin bukan kemenangan liberalisme tetapi pengakuan atas kegagalan akibat tekanan massa bukan keyakinan ideologi. Petinggi Eropah perlu bangkit dari terikat dengan AS dan membangun aliansi multipola termasuk tidak ketergantungan pada Rusia dan negara global Selatan.

Pengakuan Eropah terhadap negara Palestin menjadi geger tetapi Washington masih beraksi provokatif dengan mencabut visa bagi presiden Palestin Mahmud Abbas dan delegasi tinggi Palestin yang akan menghadiri sidang umum PBB di New York. Sasaran politik yang sangat jelas seperti dilaporkan oleh Associated Press dan The New York Times meskipun ianya melanggar perjanjian fasal markas besar PBB 1947 yang menjamin akses tanpa hambatan bagi semua negara anggota PBB dan pemerhati tetapi AS kekal di tampuk kuasa dunia sinonim kiasan telunjuk lurus kelingking berkait.

Palestin tetap bukan anggota PBB atas anomali politik yang mencerminkan ketidakadilan sistem antarabangsa yang masih dikuasai negara adidaya. Muhammad al Yusri seorang Profesor dari institute for graduate studies dipetik dari sumber al Jazeera menyatakan bahawa langkah performatif yang dilihat melakukan sesuatu tanpa benar-benar mengambil risiko. Diplomasi simbolis ini memang memberi legitimasi tetapi tanpa kekuatan seperti pedang tanpa mata.

Setiap kali dunia bergerak kendali isu negara Palestin maka Israel akan membalas dengan kekerasan lebih keras dan jauh dari sifat manusia dan warga dunia hanya penonton maya sahaja. Pengakuan rasmi dari negara Barat itu dihitung atas dosa lampau kerana di balik penyataan ini masing-masing tiada aksi nyata dari segi embargo, tekanan ekonomi dan ketenteraan terhadap Israel.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud bahawa “tidak akan tiba hari kiamat hingga kaum muslim memerangi orang Yahudi dan membunuh mereka sehingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, kemudian batu dan pohon berkata, wahai muslim, wahai hamba Allah, orang Yahudi di belakangku, ke marilah, bunuhlah dia, kecuali pohon gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi”.

Oleh itu, Palestin perlu perlindungan, tekanan dan keadilan yang hak bukan pidato vokal dengan kata-kata bombastik bukan semata-mata pengakuan lisan dan catatan rekod.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 28/9/2025

- Advertisement -