Cara makmum langkah ke depan ganti imam

- Advertisement -

Soalan:

Ketika sedang solat berjemaah imam telah batal lalu keluar daripada tempatnya, kemudian ada seorang jemaah dari belakang berjalan ke hadapan kerana menggantikan imam yang telah batal tetapi makmum tersebut melangkah lebih dari tiga langkah berturut-turut. Adakah batal solatnya atau dimaafkan?

- Advertisement -

Jawapan:

Jika orang yang sedang solat perlu kepada melangkah, maka hendaklah dia melangkah tidak sampai tiga langkah berturut-turut.

Maka jika dia melangkah sampai tiga langkah berturut-turut sekalipun kerana hendak menggantikan imam, maka solatnya itu batal kerana sudah menyerupai orang berjalan.

Berkata Dr Mustafa Al-Bugha:

الفعل الكثير: والمقصود به الفعل المخالف لأفعال الصلاة، بشرط أن يكثر ويتوالى، لأنه يتنافى مع نظام الصلاة، وضابط الكثرة ثلاث حركات فصاعداً

Ertinya: “(Setengah dari yang membatalkan solat itu ialah) perbuatan yang banyak yakni perbuatan yang menyalahi bagi perbuatan dalam solat dengan syarat banyak dan berturut-turut kerana sungguhnya perbuatan yang banyak dan berturut-turut itu menafikan bentuk ibadah solat dan tanda banyak itu ialah tiga gerakan atau lebih.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Kesimpulannya, makmum yang melangkah tiga langkah berturut-turut atau lebih dari itu kerana pergi ke hadapan itu telah batal solatnya.

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 28/9/2025

- Advertisement -