PAS terus komited bersama PN demi bela rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan komitmen untuk terus bersama rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, keputusan yang dibuat oleh setiap parti selepas Perhimpunan Agung BERSATU) dan Muktamar Tahunan PAS adalah hak masing-masing dan perlu dihormati semua pihak.

“Perpaduan dalam gabungan ini adalah kekuatan utama bagi memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara, di samping memperkasakan PN sebagai sebuah gabungan politik yang lebih utuh, berprinsip dan berpandangan jauh,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PN perlu terus mengutamakan isu-isu rakyat yang semakin mencengkam kehidupan seharian mereka termasuk pembelaan terhadap Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA).

Ia juga jelasnya termasuk isu adik Zara Qairina Mahathir, kesan penyesaran subsidi RON95, isu kos sara hidup serta pelbagai lagi permasalahan yang memerlukan pembelaan.

Menurutnya, PAS turut menegaskan Himpunan Mega Tolak URA akan diadakan pada 4 Oktober ini dan menjemput semua pihak hadir bersama memperjuangkan nasib rakyat yang bakal dizalimi selepas akta itu dikuatkuasakan.

“PAS yakin dengan kebersamaan dan kesungguhan seluruh komponen PN, kita mampu menawarkan penyelesaian yang lebih baik, adil dan saksama kepada rakyat Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/9/2025

- Advertisement -
- Advertisement -