Konvensyen TAMAR perkukuh peranan mahasiswa di Mesir

- Advertisement -

KAHERAH, Mesir: Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Konvensyen Transformasi Mahasiswa Rabbani Murabbi Timur Tengah 2025 (TAMAR’25) di sini kelmarin.

- Advertisement -

Terdahulu, program sama telah berlangsung di Jordan sempena lawatan rasmi kerajaan negeri yang diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Kelantan, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, konvensyen itu turut menampilkan sesi soal jawab dalam suasana interaktif bersama para peserta.

“Peserta diberikan ruang untuk mengemukakan pandangan dan soalan, sekali gus menjadikan perbincangan lebih bernilai serta memberi manfaat kepada semua yang hadir,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Zulkifli Abdul Rahman dan Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Prof Dr Mazlan Ibrahim, serta Timbalan Pengarah Akademik YIK, Sukri Hussein dan Timbalan Rektor KIAS, Dr Nurul Akma Mohamed.

Majlis juga menyaksikan penyerahan replika cek daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada Persatuan Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) berjumlah RM4,000.

Di samping itu turut diadakan penyerahan sumbangan kepada Ustaz Izra Hassan dan Ustaz Mohamad Faiz Sazali, masing-masing pelajar Ijazah Sarjana bidang Hadis dan Ulum serta bidang Balaghah dan Nahu Universiti Al-Azhar Ash-Shareef yang memeproleh Mumtaz. – HARAKAHDAILY 22/8/2025

- Advertisement -