Himpunan mega ambang Madani luncur

- Advertisement -

DATARAN Merdeka dihadiri puluhan ribu rakyat yang turun ke jalan menjerit suara “turun Anwar, hidup rakyat!” merupakan himpunan terbesar sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

- Advertisement -

Ramai yang hadir dan pihak polis menjaga keselamatan tetapi protes tetap aman dan rakyat berani bersuara.

Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali turut muncul bersama puluhan ribu peserta unjuk rasa, iaitu demo mengemukakan janji reformasi yang gagal, rakyat semakin susah, kos sara hidup tinggi, dan subsidi semakin kurang malah janji tidak dilaksanakan.

Sementara rakyat yang berusia atas 18 tahun diberikan RM100 perlu dibelanjakan di pasar raya Speed 99, KK Mart, Lotus, Mydin dan Econsave hanya memperlihat unsur kroni yang menjadi mereka maha kaya.

Persoalannya suara himpunan mega apatah didengar atau inilah tanda permulaan kejatuhan kerajaan Madani.

Ini kerana kebiasaannya sifat menipu akan berakhir dengan rasa malu kerana pendustaan jalan menuju kehancuran.

Penipuan merupakan belenggu diri yang mengikat hati dan kepercayaan serta menjatuhkan maruah diri.

Setiap kebohongan adalah duri yang ditanam dan hasilnya kemudian jelik sekali.

Manakala kejujuran adalah kepercayaan yang tidak ternilai angka dan ucapan. Etos kejujuran suatu nilai tinggi sebagai manusia.

Dalam Islam penganutnya difahamkan bahawa menipu antara sifat orang munafik yang dinafikan sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW.

Ajaran baginda Rasulullah SAW bahawa kebenaran agak pahit tetapi menjadi pengikat diri agar berdiri tanpa rasa malu di khalayak dan waktu.

Oleh itu, berhentilah menipu sebelum rasa malu menenggelamkan diri kerana penyesalan tiada akhir kelak.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 27/7/2025

- Advertisement -