
PUCHONG: PAS Selangor mendesak supaya siasatan menyeluruh melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dilaksanakan berhubung isu di Putra Heights yang dikatakan membabitkan pemaju dan beberapa pihak lain.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ab Halim Tamuri berkata, cadangan supaya tindakan undang-undang diambil terhadap pihak pemaju atau sesiapa yang terbabit perlu diteliti secara serius, justeru memerlukan kepada satu kajian lanjut.
“Lepas itu bila berhenti sini dia macam ‘hang’ (terhenti). Tengok semua pihak, bukan kami saja, cuba tengok semua, sama ada pihak kerajaan pun mengkritik pandangan ini (laporan akhir Putra Heights).
“Sebab itu perlunya kepada RCI yang komprehensif. Kad laporan ini memang tak (lengkap)… kalau tanya tak tahu siapa (salah sebenarnya). Jadi ‘hanging’. Nak (buat) macam mana?
“Jadi pada saya, Perikatan Nasional (PN) akan terus mendesak supaya benda ini akan terus dibuat satu kajian bebas. Perlu diteruskan. Tak boleh berhenti, sebab dia hanya buka (pelbagai persoalan)…
“Kalau tanya saya secara peribadi, dia mungkin bagi kalau penuh sepuluh itu baru empat je. Empat daripada sepuluhlah, empat puluh peratus. Banyak lagi yang kita nak tahu sebab banyak tak jawab,” ujarnya dalam satu sidang media di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sabirin Marsono dan Setiausaha PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Ramal, Ustaz Mohd Shafie Ngah
Juga, Yang Dipertua Kawasan Puchong, Ustaz Rasidi Mohamad Yusop dan ADUN Hulu Bernam, Muhammad Mu’izzuddeen Mahyuddin serta ADUN Permatang, Nurul Syazwani Noh.
ADUN Paya Jaras itu turut menyatakan sekiranya Menteri Besar tidak mahu melaksanakannya, Perikatan Nasional akan terus mendesak supaya kajian itu dilakukan.
“Sebab itu pada saya, kalau Dato’ Menteri Besar kata tak nak buat, pada saya kita akan desak dia sampai dia buat. Sebab itu pada saya antara yang dibuat ialah tindakan undang-undang yang pastinya akan mengambil masa yang panjang.
“Ini depan saya peguam ni, nanti mungkin boleh ‘advise’ sikit tindakan undang-undang dibuat. Nanti saya ingat Yang Berhormat, YB Nurul Syazwani boleh huraikan kalau tindakan undang-undang dibuat.
“Pada saya itu hak-hak seorang rakyat. Sebab itu benda yang kalau dalam kes mana-mana pun, kita akan ‘advise’ kalau you rasa ada hak, you berhak untuk mengambil tindakan undang-undang. Sebab itu hak sebagai rakyat.
“Pada saya, kalau rakyat nak bantuan, insya-Allah kami di peringkat PAS, LUHAM, Selangor akan membantu apa yang boleh buat. Itu insya-Allah kita akan sediakan. Dan sebelum ini banyak juga kes kita bantu. Sebab tujuan kita nak menjaga kebajikan rakyat.
“PAS boleh memberikan komitmen dengan LUHAM, Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, sebab itu tugas kita dan selain daripada itu pastinya kita akan buat bukan setakat di DUN Selangor, ini isu nasional.
“Saya akan minta juga semua wakil rakyat kita untuk bawa isu di peringkat Parlimen supaya dibahaskan secara teliti. Sebab itu kalau di Selangor, isu ini bukan setakat isu lokal, dia isu nasional, yang perlu RCI akan datang.
“Kalau Menteri Besar kata tak setuju, itu pandangan dia. Tapi bagi kami, kami tegas supaya satu kajian bebas perlu dibuat. Sebab selagi laporan ini tidak lengkap, selagi itulah akan timbul berbagai tafsiran dan akhirnya akan menimbulkan masalah,” jelasnya.
Sementara itu, Nurul Syazwani berkata, pihaknya di Perikatan Nasional Selangor turut turun padang memberikan khidmat guaman sejak awal kejadian berlaku.
“Berkenaan dengan undang-undang, bantuan undang-undang. Sebenarnya kami Perikatan Nasional Selangor juga telah turun. Tadi ada yang bertanya sama ada kita turun ke tidak waktu itu.
“Saya sebagai daripada BERSATU, daripada Srikandi juga, saya sendiri telah memberi sebenarnya khidmat guaman percuma. Sebab masa tu ramai yang telah dapat sewa… nak sewa rumah baru. Tapi nak dapat ‘tenancy agreement’ tu nak kena bayar.
“Jadi kami juga daripada Srikandi Bersatu, daripada Biro Undang-Undang juga, kita pun ada bagi ‘free tenancy agreement’ kepada satu atau dua. Tak ramailah. Ada satu atau dua yang berjumpa dengan kita untuk bertanya-tanya lah dan juga ‘legal advice’ ketika itu.
“Dan bukan saja itu, kami Perikatan Nasional juga ada juga dengan NGO daripada peguam-peguam di Selangor yang hari itu turut ada di tempat itu untuk memberi ‘legal advice.’. Jadi hari ni saya ingin membukalah.
“Kalau kata ada penduduk-penduduk di Putra Heights yang memerlukan bantuan guaman, khidmat guaman, dari segi ‘advice,’ daripada segi nasihat ataupun dari segi apa-apa saja lah yang berkaitan, kami daripada Perikatan Nasional, daripada BERSATU dan juga PAS, kami memang terbuka.
“Kalau apa-apa boleh, kalau tak tahu nak hubungi, boleh hubungi saya secara peribadi pun tak apa. Sebab saya pun ada juga. Kita ada grup Peguam BERSATU dan sudah pasti kita akan sama-sama membantulah.
“Sebab ini kita kena ingat, bukan saja satu masalah atau tragedi yang setakat tragedi yang biasa-biasa. Ini juga melibatkan kerugian yang amat banyak dari segi kos, daripada harta benda dan juga emosi. Terutama sekali rakyat di Putra Heights juga… kaum, wanita dan juga kanak-kanak juga mengalami trauma dan sebagainya.
“Jadi kalau ada berkenaan hal undang-undang, kita sentiasa terbuka. Sebab itulah sekali lagi kami mendesak agar laporan yang menyeluruh dikeluarkan supaya senang nanti kalau dah ada laporan, kita pun semua mangsa kita tahu nak ke mana.
“Masalah kita hari ni, kita tak tahu nak ke mana sebab laporan ini tidak menamakan siapa-siapa. Jadi setakat hari ni, yang kita boleh namakan hanyalah kerajaan negeri sajalah. Jadi kita harap kerajaan negeri dapatlah mungkin berkongsi tanggungjawab ni dengan pihak-pihak yang terlibat. Itu saja,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/7/2025











