PETRONAS milik rakyat, bukan kambing hitam

- Advertisement -

HULU SELANGOR: Letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu merupakan insiden besar yang bukan sahaja diberi perhatian oleh rakyat Malaysia, malah mendapat perhatian luar negara.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun berkata, ia susulan penglibatan syarikat minyak dan gas, PETRONAS yang merupakan imej negara perlu dijaga dan mempunyai sistem pengurusan bersistematik.

“PETRONAS adalah milik rakyat Malaysia. Mana mungkin rakyat boleh terima untuk PETRONAS mengeluarkan jutaan ringgit bukan sahaja membayar pampasan kepada mangsa-mangsa, malah membaiki paip gas dan kos-kos lain yang terpaksa ditanggung oleh PETRONAS.

“PETRON ini adalah milik kita rakyat Malaysia. Seharusnya kita memberi sokongan dan pertahankan kecuali jelas kesilapan adalah dari PETRONAS, bukan menuding seolah-olah menyalahkan. Ini tidak adil.

“Semoga ada keadilan yang sewajarnya dalam kes ini dan sudah pasti rakyat Malaysia yang rumahnya berhampiran dengan laluan paip ini berada dalam dalam keadaan yang tidak selesa,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Beliau dalam pada itu mempersoalkan hasil laporan dibentangkan pada Isnin, di mana keadaan tanah di bawah paip yang lemah dan tidak menyokong sepenuhnya struktur paip merupakan punca insiden berkenaan.

“Saya bukan orang teknikal untuk membincangkan hasil dari maklum balas siasatan ini. Cuma saya tertanya-tanya dimanakah kisah jentera berat eskavator yang polis telah sahkan dijumpai terbenam.

“Dan polis sahkan ada kerja korek tanah sebelum letupan paip. Bukan saya yang kata, ini kenyataan akhbar sebelum ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/7/2025

- Advertisement -