PAS semakin dapat tempat dalam masyarakat Labuan

- Advertisement -

LABUAN: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Wilayah Persekutuan ini, terutama selepas kejayaan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Kawasan Labuan, Hamir Zahari berkata, antara indikator penerimaan ini ialah penubuhan cawangan baharu, peningkatan keahlian, sambutan terhadap institusi pendidikan milik PAS, serta program-program kebajikan yang dekat di hati rakyat.

Perkara itu dinyatakan beliau yang mengangkat tema “Islam Pemangkin Perpaduan dan Perubahan” dalam ucapannya sempena PAS Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Labuan kali ke-27 di Dewan Refflesia, Ujana Kewangan, di sini.

Dalam ucapan tersebut, beliau menekankan bahawa hanya Islam mampu menjadi landasan kepada perubahan menyeluruh dan menyatukan rakyat di bawah payung redha Allah SWT.

Menurut Hamir, dengan perkembangan dicapai PAS Labuan, besar harapan pihaknya untuk diberi peluang memenangi kerusi parlimen P.166 Labuan dalam membawa ia menjadi wilayah sejahtera bersama Islam.

Majlis dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya itu dilangsungkan penuh semangat dan kesatuan itu membawa tema “Penyatuan Menuju Kemenangan” yang mencerminkan hala tuju PAS Labuan ke arah kecemerlangan.

Hamir turut menegaskan bahawa tema penyatuan adalah asas penting kepada gerak kerja yang lebih progresif, strategik dan berkesan demi mencapai kemenangan diidamkan.

Menurut beliau, walaupun PAS Labuan telah bertanding sebanyak lima kali sebelum ini, kesetiaan pimpinan serta integriti tinggi dalam kalangan ahli tetap utuh, tanpa sebarang rekod jenayah atau salah laku rasuah.

Tegasnya, PAS Labuan mempunyai rekod prestasi yang sangat baik semasa berada dalam kerajaan sebelum ini di mana membuktikan kekuatan dalaman parti serta keteguhan prinsip perjuangan.

Tambah beliau lagi, barisan kepimpinan baharu yang terdiri daripada profesional, agamawan, ahli perniagaan serta pelbagai latar belakang pengalaman dan pendidikan, akan menjadikan jentera parti lebih dinamik dan berdaya saing. – HARAKAHDAILY 2/7/2025

- Advertisement -