Cadangan SST semakin ‘flip flop’, kerajaan ‘desperate’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Roslan Shahir Mohd Shahir menyifatkan cadangan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan sebagai langkah yang semakin ‘flip flop’.

- Advertisement -

“Dari satu sudut nampak langkah kerajaan menarik balik cadangan cukai SST 5 peratus ke atas epal dan limau termasuk terbaru kurma sebagai bukti prihatinnya mereka pada rintihan dan keluhan rakyat.

“Dalam akhbar terkini ditambah lagi turut dikecualikan adalah perkhidmatan di pusat kecantikan selain pembelian emas sama ada untuk pelaburan mahupun barang kemas.

“Tetapi pada sudut lain nampak sangat cadangan pelaksanaan SST ini mula 1 Julai sebagai suatu langkah ‘desperate’, gelojoh dan gopoh seakan tiada langsung melibatkan pemegang taruh dalam membuat keputusan. Akhirnya jadi ‘flip flop’,” bidas beliau.

Roslan berkata, di saat rakyat hidup tertekan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang sudah sedia tinggi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, gaji dan upah pula tidak naik dan berubah, tiba-tiba SST pula bakal menjadi beban tambahan.

“Sudahlah tarif elektrik dan harga minyak juga dijangka naik, tidak ada satu apapun yang tampak melegakan kehidupan rakyat. Sedang inilah parti yang dulu naik dengan menabur janji bulan dan bintang pada rakyat.

“Harapan baru konon buat rakyat Malaysia agar lebih makmur dan sejahtera bila saya jadi Perdana Menteri, rupanya harapan kecundang belaka.

“Mungkin rakan-rakan rakyat Sabah yang akan mengundi PRN Sabah tidak lama lagi boleh pakat-pakat bantu ajar kerajaan PH-BN ini. Tolak parti-parti mereka agar mereka tahu rakyat sudah bosan serta marah kerana dikhianati.

“Tampak ‘flip flop’ sangat lebih baik SST ini tangguh sahaja dulu dan dengar betul-betul suara rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/6/2025

- Advertisement -