
ALOR SETAR: Kedah berada di tangga kelima di Malaysia menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara bagi tahun 2024.
Dengan pencapaian itu, Kedah telah mencatatkan jumlah pelancong seramai 6.9 juta sepanjang 2024.
Pencapaian itu juga menjadi kesimbungan kepada negeri, sejajar Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025, pada tahun ini.
Maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia turut mengumumkan, Perak berada ditangga pertama dengan jumlah pelancong 10.2 juta, diikuti Selangor (9.5 juta), Johor (9.5 juta) dan Pahang juga 9.5 juta.
Berdasarkan laporan berkenaan, membuktikan Kedah antara negeri yang mampu menarik kehadiran pengunjung, memandangkan keistimewaannya yang tersendiri.
Pada ucapan Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah kali ke-83 lalu, beliau memaklumkan, Kedah telah menerima hampir 1.5 juta pelancong dalam tempoh suku pertama tahun ini.
Beliau juga menyasarkan jumlah tersebut akan dijangka meningkat kesasaran tujuh juta menerusi 170 program yang telah dirangka.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Keusahawanan, Dato’ Mohd Salleh Saidin turut mengalu-alukan kehadiran para pengunjung dalam dan luar negara untuk menikmati ‘Experience Kedah’ sempena TMK 2025.
Katanya lagi, pelbagai acara dan program telah disusun sama ada melibatkan kerajaan negeri, pejabat daerah, agensi swasta dan lain-lain.
Termasuk ujarnya kepelbagaian makanan khususnya menu orang Kedah, kebudayaan, suasana kampung dan lain-lain lagi.
“Maklumat lanjut boleh didapati di sektor pelancongan negeri Kedah, dengan melayari https://www.experiencekedah.my/,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 25/6/2025











