
DUNIA sedang melalui krisis global dan pemicu tragedi musibah skala besar jika Iran menutup laluan air di Selat Hormuz.
Iran telah melaksanakan perintah kapal asing mesti mohon kebenaran pihak berkuasa tempatan menggunakan laluan Selat Hormuz berkuat kuasa dalam tempoh 100 hari pascaperang di antara Iran-Israel. Langkah mewajibkan semua kapal minyak dan gas yang melalui Selat Hormuz dilihat dalam geopolitik dunia akan mengubah harga minyak dunia, pola perdagangan dan strategi global.
Selat Hormuz sepanjang 39 km bukan sekadar laut sempit tetapi laluan saluran utama minyak dunia global, iaitu 20 peratus digunakan oleh Jepun, China, India termasuk Malaysia.
Tindakan pascaperang Iran-Israel yang menghentam pelancar peluru Iran punca reaksi balas dengan misi gelombang skala besar apalagi Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordo, Natanz, dan Esfahan merupakan gangguan ekonomi yang teruk malah suatu tekanan kepada AS dan sekutunya.
AS ikut serta membantu Israel menyebabkan Iran mengubah pendekatan, iaitu senjata perang paling signifikan melalui kekuatan ekonomi.
Selat Hormuz suatu alat kawalan ekonomi global memberi tamparan hebat kepada Barat apabila prosedur laluan selatnya memerlukan kapal-kapal ditapis, ditahan atau dilepaskan ke destinasi masing-masing. Kapal milik sekutu Barat digunakan alasan keselamatan untuk menangguhkan perjalanan sama ada disiasat atau dirampas kelak.
Kasus ini menjadi penanggung kelewatan yang menyebabkan harga minyak dunia mencanak dan naik mendadak. Ini bukan spekulasi tetapi fakta realiti di pasaran seperti logistik tenaga dunia dan pemegang taruh menarik diri atau berhenti atas kerugian besar kerana mencari alternatif laluan lain atau menunggu plot krisis yang sekali gus mengambil risiko besar sama ada potensi atau realiti di medan perang.
Sementara massa memperlihatkan bahawa AS tidak hormat kepada piagam PBB dan syarat Iran akan meluncurkan konflik terbuka di laut kelak. Iran ada rekod mengganggu-gugat dan menahan kapal-kapal asing seperti kapal Britain dan Korea Selatan atas isu pembayaran dan sekatan ekonomi.
Meskipun AS dan negara adidaya dunia atau kuasa besar tidak membenarkan Iran mengawal ruang strategik di laluan Selat Hormuz kerana kesannya hanya mewujudkan krisis tenaga global tetapi naratif pelanggaran terbuka mendapat aksi balas agresif dan perang besar di perairan teluk kerana Iran yang siaga dan signifikan fasiliti seperti bot pantas pintas, drone laut dan pasukan laut elit.
Oleh itu, pemicu perang dunia atas silap perhitungan kepala negara jalur musnah kehidupan kerana dunia hanya laman permainan atau wayang bergerak menyusur massa.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 24/6/2025











