Terima kunjungan BIMB, tawar produk patuh syariah

Dr Mohamed Fadzli Hassan
- Advertisement -

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan hari ini menerima kunjungan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) cawangan Bandar Kubang Kerian.

- Advertisement -

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini beliau berkata, pertemuan itu mengenai penawaran perkhidmatan perbankan patuh syariah yang selari Membangun Bersama Islam (MBI).

Beliau berkata, kini dasar itu ditambah baik dibawah pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Mohd Nassuruddin Daud menjadikan dengan Penghayatan MBI (PMBI).

“Pertemuan ini membuka ruang perbincangan berkenaan penawaran produk kewangan patuh syariah yang inklusif, termasuk akaun pelaburan, perlindungan takaful dan banyak lagi.

Terima kunjungan wakil Bank islam cawangan Kubang Krian

“Inisiatif ini selari dengan aspirasi kita dalam memperluas akses kewangan Islam kepada rakyat, khususnya dalam merancang dan menjamin kestabilan pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan itu menerima kunjungan hormat daripada Pengurus BIMB cawangan Kubang Kerian, Sulaiman Mohd Zin.

Antara kejayaan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini berjaya mengasingkan dana kerajaan negeri daripada sistem riba yang diamalkan perbankan konvensional.

Beliau berkata, usaha itu dilaksanakan kerana mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh agama Islam, biarpun mendapat tentangan dari beberapa institusi perbankan tempatan. – HARAKAHDAILY 16/6/2025

- Advertisement -