
BANGSA Chechnya merupakan kelompok etnik yang mendiami wilayah utara Rusia dikenali masyarakat pergunungan ribuan tahun dan memiliki sistem sosial yang berakarkan Islam.
Islam masuk ke Chechnya pada abad ke-16 hingga abad ke-19 melalui perdagangan dan hubungan kesultanan Uthmaniah dan dunia Islam Sunni mazhab Shafi’i menjadi dominan di samping mazhab Hanafi. Malahan amalan kerohanian tarikat Naqsyabandiyah dan Qadiriyah berperanan besar terutama dalam taktik peperangan.
Chechnya terletak di atas pergunungan Kaukasus (Caucasus) utara dan Grozny merupakan ibu kota Chechnya yang bersempadan dengan Ingushetia di barat dan Ossetia Utara-Alania serta Jajahan Stavropol di barat laut. Kawasan timur pula disempadani Dagestan manakala negara Georgia terletak di selatan. Chechnya merupakan wilayah 95 peratus majoriti umat Islam dan aturan Islam sebagai teras kehidupan di Rusia, yang dipetik sumber silam tinjauan lapangan di Grozny.
Etnik Chechen membentuk 95.3 peratus populasi penduduk, diikuti orang Rusia (24,382 orang, 1.9 peratus), Kumyk (12,221 orang, peratus), Ingush (1,296 orang, 0.1 peratus) dan beberapa etnik kecil lain termasuk etnik Armenia yang terdiri daripada beberapa buah keluarga.
Bahasa Chechen dan Rusia menjadi bahasa komunikasi utama Chechnya yang berkeluasan kira-kira 17,300 km sehingga 2018, nilai keluasannya pelbagai akibat ketakpastian garis sempadan Chechnya dan Ingushetia.
Selepas zaman Soviet, berlaku kebangkitan Islam di Chechnya dengan ratusan masjid, puluhan madrasah serta ditubuhkan sebuah universiti Islam dan pengurusan jemaah ke Mekah dikenali Kunta-haji serta sebuah pusat perubatan Islam di Grozny. Manakala komuniti kecil masyarakat Kristian masih mengamalkan anutannya di beberapa gereja Ortodoks Rusia malah gereja yang musnah dalam peperangan dibina semula di Chenchnya.
Sejarah perjuangan Chechnya yang panjang dan kental melawan kuasa luar terutama Rusia dengan dinamika Islam yang kuat menjadi bahagian utama identiti nasional mereka. Chechnya menentang Rusia pada akhir abad kelapan belas berikutan dengan penawanan dan pembunuhan terhadap Imam Mansur, seorang pejuang penentang legenda, pada tahun 1791, di tangan pihak Rusia.
Selepas Czar, iaitu Pent adalah gelaran yang diberikan kepada raja Rusia mengarahkan Jeneral Yermolov untuk memimpin pasukan tentera Rusia, memerangi orang-orang Chechen yang tinggal di utara Caucasus. Peristiwa tragis pada tahun 1816 orang-orang Chechen telah dibunuh dengan begitu kejam termasuk pemimpin umat Islam Chechen Imam Hamzat.
Penggantinya, iaitu Sheikh Shamil seorang pemimpin sufi dan tokoh jihad memimpin tentera Chechen. Beliau meneraju pasukan tentera muslim melawan Rusia untuk mendapatkan kemerdekaan, yang seterusnya diwarisi keluarganya. Sheikh Shamil dengan gagahnya menentang dasar perluasan wilayah oleh pihak Rusia selama suku abad, dari 1834 sehingga 1859 dengan penuh berani dan pasukan tentera yang perkasa. Namun Rusia berjaya menawan dan menjadi Chenchen wilayah Rusia hingga kini.
Perjuangan orang-orang Chechen untuk mendapatkan kemerdekaan pada hari ini sebenarnya adalah sambungan dari pergerakan yang dimulakan oleh Sheikh Shamil. Perang Chechnya pertama, yang berlangsung antara tahun 1994 hingga 1996, adalah konflik yang mengguncang wilayah Chechnya, sebuah republik otonomi di Kaukasus Utara, yang berusaha memperoleh kemerdekaan dari Persekutuan Rusia. Punca dan sebab yang kompleks dan rumit atas perbezaan etnik dan agama antara majoriti muslim Chechnya dan Kristian Rusia telah menyaksikan pasukan Rusia menghadapi perlawanan sengit dari mujahidin Islam Chechnya.
Pada tahun 1991, Chechnya menyatakan kemerdekaannya selepas runtuhnya Soviet Union tetapi Rusia tidak mengakui kemerdekaannya dan mendakwa berupaya mempertahankan wilayah tersebut. Malah Rusia melihat kemerdekaan Chechnya sebagai ancaman terhadap konsistensi wilayah lalu merekayasa gerak tempur ketenteraan.
Keunikan Chechnya kerana terbanyak penghafal Quran atau hafiz di dunia meskipun bawah tekanan politik dan sejarah buruk tetapi ketahanan penduduknya atas sistem pendidikan Islam yang kuat, iaitu anak-anak diasuh dan diajar menghafal Quran sejak kecil dengan dukungan pemerintah dalam bentuk biasiswa dan penghargaan kepada penghafal Quran. Keluarga sangat berbangga jika ahli keluarga menjadi hafiz 30 juz Quran. Budaya penghormatan pada Quran sangat tinggi dengan diwujudkan madrasah dan pusat asuhan pendidikan Islam dan kompeten penghafal Quran diselenggara secara berpusat.
Malahan Presiden Chechnya dalam kalangan hafiz Quran kerana kepimpinan sangat berkait dengan nilai-nilai Islam. Piawaian utama pemimpin, iaitu kemampuan menghafal Quran yang menunjukkan kedalaman pemahaman agama dan tinggi akhlak.
Ramzan Kadyrox dikenal sebagai pemimpin yang memiliki hubungan erat dengan ulamak dan kerap hadir pada majlis ilmu dan mempromosikan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan. Meskipun tegas dalam pemerintahan tetapi pendekatan kemanusiaan dan kerohanian menjadi pertimbangan utama. Ramzan Kadyrov sekutu setia Presiden Rusia Vladimir Putin mengganti pascakematian ayahnya sejak 2007 sebagai teraju utama Chechnya.
Beliau lahir pada 5 Oktober 1976 di Tsentaroy, Chechnya, merupakan anak kedua dari empat bersaudara dalam keluarga Akhmad dan Aimani Kadyrov. Ayahnya, Akhmad Kadyrov, merupakan mufti Chechnya yang mendukung kemerdekaan Chechnya pada Perang Chechnya pertama. Namun, pada Perang Chechnya kedua, Akhmad beralih pihak dan mendukung Rusia, menjadikannya Presiden Chechnya pada tahun 2003 hingga Mei 2004. Akhmad tewas dalam serangan bom saat parade Hari Kemenangan di Grozny.
Dalam hal keluarga, Kadyrov menikahi Medni Musaevna Kadyrova pada 1996, dan mereka memiliki 12 anak, termasuk enam putera dan enam puteri. Beberapa anaknya, seperti Aishat dan Khadizhat, telah diberikan posisi penting dalam pemerintahan Chechnya. Anaknya yang berusia 17 tahun, Adam Kadyrov, sering disebut-sebut sebagai calon penerusnya.
Namun, laporan memperlihat Kadyrov telah meminta izin kepada Putin untuk berundur tetapi ditolak oleh Presiden Putin kerana mempengaruhi kestabilan politik di Chechnya. Kadyrov dikesan terbabit langsung dalam konflik di Ukraina, apabila mengirimkan pasukan Chechnya untuk mendukung Rusia. la mengguna strategi tentera yang keras dan kontroversial. Beliau menjadi figur penting dalam politik Rusia, dengan hubungan yang erat dengan Putin.
Kadyrov telah membangun sistem pemerintahan yang sangat bergantung pada atribut peribadi dan keluarga. Penggantinya menimbulkan perebutan kuasa dan konflik internal di Chechnya jika bukan kalangan keluarganya.
Ini kerana legasi keluarga yang sangat taat pada Islam dan hubungan erat di antara ulamak dan tokoh sufi dengan pemerintah sebagai penghormatan tradisi terhadap Islam lokal. Ketaatan terhadap nilai-nilai Islam dalam kepimpinan termasuk kebijakan berakar syariah dalam kehidupan sosial.

Antaranya larangan rokok dan arak di bawah kepimpinan Ramzan Kadyrox suatu yang sangat jarang di Rusia. Ia dilakukan untuk menjaga kesihatan penduduk dan menangani kesan buruk akibat alkohol kerana minuman mabuk itu menjadi masalah besar di Rusia. Dengan mematuhi ajaran Islam yang melarang arak dapat mewujudkan masyarakat lebih disiplin dan kuat upaya fizikal dan mental.
Sementara wanita pula dilarang berpakaian mendedah aurat dan pemerintah menetapkan aturan berpakaian Islam bagi wanita wajib berhijab atau pakaian menutup aurat di tempat awam. Larangan pakaian rock mini dan ketat jauh sekali pakaian seksi dengan mempromosi busana muslim melalui medsos dan media tempatan tentang kesan melanggar aturan berpakaian dikenakan hukuman yang bersifat pendidikan.
Wanita Chenchnya antara tercantik di dunia kerana genetik kacukan Arab dan Eropah. Chenchnya terletak di persimpangan Asia dan Eropah sehingga penduduk memiliki rupa etnik yang unik dan menarik. Fitur mata tajam, hidung lurus dan kulit cerah kasus kecantikan alami yang diwarisi turun-tumurun termasuk perawatan kulit berasaskan herba dan pola makan sihat, gaya berpakaian anggun selaras ajaran Islam dapat menambah kesan elegan dan terhormat.
Usaha dan upaya Kadyrov mendapat sanjungan Kremlin yang menjamin kelangsungan kekuasaan keluarga Kadyrov melalui dukungan politik dan militer, serta menempatkan anggota keluarga Kadyrov di posisi strategik. Namun, jika Kadyrov meninggal atau berundur tanpa pengganti yang jelas, menimbulkan kasus ketidakpastian dan potensi ketegangan di Chechnya.
Chechnya unik dari sebuah wilayah Islam yang tega mempertahan identiti Islam dan antara muslim yang taat peraturan agama, wilayah larangan rokok dan arak serta tanpa maksiat meskipun berada di negara sekular di Rusia. Masyarakat dan pemimpinnya simbol ketahanan budaya dan kerohanian dari demensi dunia moden. – HARAKAHDAILY 31/5/2025

Penulis ialah Psikososio yang juga Pakar Penasihat Wanita Kelantan.











