Terkejut

- Advertisement -

RAMAI terkejut sebab melihat gelagat Perdana Menteri ke-10 (PMX) yang kelihatan terkejut mendengar Rafizi dan Nik Nazmi meletak jawatan.

Terkejutnya rakyat itu, persis terkejutnya Fahmi pada waktu sidang akhbarnya di awal-awal dia menjawat jawatan menteri, apabila dia kelihatan seakan-akan terkejut kerana kononnya menerima panggilan penting dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk bermesyuarat.

Rakyat sangat terkejut, takkanlah PMX sampai terkejut macam tak tahu, sedangkan surat itu Rafizi dan Nik Nazmi sudah beredar dalam media sosial, takkanlah mereka hantar surat penting itu hanya kepada kerani PMO sahaja dan kemudian kerani itu pergi makan goreng pisang dulu sebelum maklumkan kepada pegawai PMO, kan? Mesti mereka hantar terus ke PMX, mustahil tak tahu prosedur.

- Advertisement -

Terkejutnya ahli PKR seminggu dua ini kerana banyak kejutan dari pemilihan pimpinan mereka, sehinggakan Fahmi, sekali lagi terkejut kerana menerima undi tertinggi, walaupun beliau selalu mengejutkan pembangkang dengan ugutan ‘radio car’.

Malah dipercayai ahli Umno juga terkejut apabila PMX yang mengutuk ‘kaw-kaw’ DS Najib kerana mendakwa Rosmah cuba mencampuri urusan kerajaan, kroni katanya, tiba-tiba sambil tersenyum melobi anaknya menjadi Timbalan Presiden PKR, bukan kroni tetapi balas jasa dan layak, ujarnya.

Lebih terkejut ialah Rafizi yang mengejutkan semua orang apabila bersalaman ‘hujung jari’ sahaja dengan Presiden PKR dan berjalan laju mencari kerusinya untuk duduk, tanpa banyak kata, kerana terkejut PMX melakukan itu.

Dan rakyat juga terkejut dengan bunyi hingar bising pemilihan mereka bagaikan mahu menabalkan Timbalan Perdana Menteri sahaja layaknya, padahal keduanya penipu dan pembohong.

Kini rakyat juga terkejut dengan keputusan mahkamah untuk kes NFC, milik suami Sharizat Jalil, NFC dibenarkan menyaman Public Bank RM560 juta kerana mendedahkan maklumat akaun syarikatnya kepada umum dan Public Bank pula, mungkin boleh menyaman Rafizi kerana pendedahan itu, tiada lagi isu kroni Shahrizat, tetapi kemenangan bagi NFC.

Menambah koleksi kejutan rakyat Malaysia ialah pemohonan imuniti oleh PMX untuk kes perbicaraan saman Yusof Rawther, yang mana direkodkan sebagai perlakuan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana PM sebelum ini.

Akan tetapi yang paling kita dikejutkan oleh berita bahawa PAN telah memecat seramai 58 orang ahlinya kerana mencampuri urusan pemilihan PKR dan sedang mengira untuk mengambil tindakan ke atas ahlinya itu yang juga didakwa mempunyai dua keahlian parti.

Kita pasti terkejut kerana jika PAN memecat ahlinya, nanti siapa lagi yang tinggal?

Tengah orang sibuk pasal urusan negara, eh si PAN ni pun nak masuk line jugak, menyibuk, konon nak buat orang terkejutlah tu, phuiii….!

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 29/5/2025

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -