
SEMPENA selesai Puasa Enam semalam, saya nak bagi Enam Pantun buat sahabat saya Ustaz Abdul Muhaimin Malek dan para pejuang yang mendukung perjuangan ini di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning, Perak.
Pertama:
Solat berjamaah doa diamin
Saf dirapat menyatu jiwa
Wakil kita Abdul Muhaimin
Dukunglah dia sepenuh jiwa
Kedua:
Sebulan beraya hati gembira
Adat dijaga ibadat dipelihara
PN perjuang hidup sejahtera
Abdul Muhaimin menjadi wira
Ketiga:
Rakyat mahu memilih pemimpin
Air kuning menjadi saksi
Abdul Muhaimin jadi pemimpin
Orangnya mesra bahasa berisi
Keempat:
Abdul Muhaimin Alumni Syria
Bumi Anbiya’ tempat belajar
Wajahnya ceria bagai suria
Pekerti mulia insan terpelajar
Kelima:
Senang didekati mudah berkira
Abdul Muhaimin orang tempatan
PN menang rakyat gembira
Gelombang hebat si anak watan
Keenam:
Wajib Mengundi telah difatwa
Hukumnya jelas untuk dilaksana
Abdul Muhaimin punya wibawa
Undilah beliau perubahan dijana
USTAZ NASRUDIN HASAN AT-TANTAWI (UDT)
Pengerusi
Lajnah Dakwah PAS Pusat – HARAKAHDAILY 26/4/2025











