PRK Ayer Kuning: Tunjuk jalan keluar kerajaan gagal

- Advertisement -

TAPAH: Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning digesa agar berani menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan sedia ada menerusi undi kepada calon PERIKATAN NASIONAL (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

- Advertisement -

Ahli Dewan Negeri (ADN) Trong, Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak telah gagal menangani pelbagai isu penting yang membelenggu rakyat sejak sekian lama.

“Perdana Menteri dan Menteri Besar sehingga kini gagal dalam menyelesaikan masalah ekonomi negara, gagal mengharmonikan perpaduan kaum dan juga gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat,” katanya kepada Harakahdaily semasa penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning, di sini hari ini.

Justeru katanya, keputusan PRK Ayer Kuning bakal menjadi satu memorandum rakyat terhadap kerajaan, menandakan penolakan terhadap kegagalan pentadbiran yang ada kini.

“Keputusan yang memihak kepada PN adalah satu isyarat bahawa negara ini perlu berhenti terus menjadi kerajaan. Kerajaan mesti diambil alih oleh PERIKATAN NASIONAL dalam masa yang terdekat, Insya-Allah,” katanya.

Muhammad Faisal turut menekankan bahawa setiap undi yang diberikan kepada calon PERIKATAN NASIONAL amat penting dan mampu membuka jalan ke arah perubahan yang lebih besar di peringkat nasional.

“Undi anda amat penting dalam PRK DUN Ayer Kuning pada kali ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/4/2025

- Advertisement -