Pelajar perempuan hilang, keluarga rayu bantuan orang ramai

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, Muna Qaisara Muhammad Budiman, dilaporkan hilang dari asrama sekolahnya di Serada sejak Sabtu lalu.

- Advertisement -

Menurut ibunya, Juliana Johari, 42, kali terakhir anaknya dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung krim sebelum disedari tidak berada di asrama.

Katanya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga untuk menjejaki Muna Qaisara, namun sehingga kini masih belum berjaya.

“Saya rayu kepada sesiapa yang mungkin mempunyai rakaman ‘dashcam’ di sekitar laluan berhampiran kawasan sekolah di Serada agar dapat membantu kami.

“Ada juga pihak yang menyebarkan maklumat palsu kononnya Muna Qaisara sudah ditemui, sedangkan ia tidak benar,” katanya memetik laporan Sinar Harian, hari ini.

Juliana berharap agar anaknya segera ditemui dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kehilangan pada Ahad dan kes disiasat di bawah kategori Orang Hilang (OH).

Usaha mencari sedang giat dijalankan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi 013-5714157 atau 013-3092947, atau hadir ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. – HARAKAHDAILY 9/4/2025

- Advertisement -