Ahli-ahli Parlimen PN turun ke Kg Sungai Baru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) turun padang menziarahi dan mendengar sendiri keluhan serta memahami isu semasa yang membelenggu komuniti penduduk Kampung Sungai Baru, di sini petang tadi.

Program ini turut menyaksikan pembentangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sementara Kampung Sungai Baru, Zainab Alias dan wakil penduduk, Rafidah Ibrahim serta penyelidik hartanah persendirian, Muzaffar Razman.

Kunjungan berkenaan diketuai Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, dengan matlamat mendapatkan gambaran jelas berhubung kesan projek pembangunan yang sedang dirancang di kawasan berkenaan.

Hamzah ketika mengetuai lawatan 24 Ahli Parlimen PN berkata, kunjungan tersebut juga dibuat untuk mencari satu jalan bagaimana untuk membantu penduduk di situ.

“Sebenarnya apa yang kita nak buat hari ini adalah untuk mencari satu jalan bagaimana untuk kita membantu penduduk di sini. Saya betul-betul keliru tentang apa yang berlaku sebenarnya,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad; Ahli Parlimen Alor Setar, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah.

Juga, Ahli Parlimen Maran, Dato’ Sri Dr Ismail Abd Muttalib; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim; Ahli Parlimen Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari; Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor dan Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid.

Turut sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan; Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali.

Selain itu, Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin; Ahli Parlimen Jerantut,  Ir Ts Khairil Nizam Khirudin; Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki; Ahli Parlimen Ketereh, Dato’ Khlir Mohd Nor dan Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan; Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Padang Serai, Dato’ Azman Nasrudin. – HARAKAHDAILY 9/4/2025

- Advertisement -
- Advertisement -