Moga amal ibadah sepanjang Ramadan diterima Allah SWT

- Advertisement -

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

- Advertisement -

ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan kasih sayang Allah, kita dipertemukan dengan Syawal yang penuh keberkatan ini. Setelah sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga, memperbanyakkan ibadah serta mendekatkan diri kepada-Nya, kini tiba masanya untuk kita menyambut kemenangan dengan penuh kesyukuran.

Dengan penuh keikhlasan, sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf atas segala salah silap, baik dalam perkataan mahu pun perbuatan. Moga Syawal ini menjadi titik perpaduan, mempererat silaturahim antara kaum keluarga, sahabat handai, serta jiran tetangga.

Marilah kita berdoa agar segala amal ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT, serta diberikan peluang untuk bertemu dengan Ramadan yang akan datang, insya-Allah.

Sayugianya, di saat kita bergembira, jangan dilupa saudara kita di Palestin yang sedang diuji dengan penderitaan dan kesengsaraan. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka, melindungi mereka dari kezaliman, serta mengurniakan kemenangan kepada rakyat yang tertindas.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

تقبل الله منا و منكم صيامنا و صيامكم جعلنا الله وإياكم من العائدين و الفائزين كل عام و أنتم بخير

Abd Ghani bin Ahmad
Yang Dipertua PAS Jerlun

- Advertisement -