
ALOR SETAR: Tuanku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, hari ini.
Turut berangkat bersama, Tuanku Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Norizan Khazali dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Solat sunat Aidilfitri diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir, Sheikh Mohd Naim Ahmad dan dihadiri lebih 2,000 jemaah.

Selesai menunaikan solat tersebut, Tuanku Sultan berserta Tuanku Raja Muda dan Tunku Mahkota, beramah mesra bersama rakyat jelata, sebelum berangkat pulang. – HARAKAHDAILY 31/3/2025











