Lebih 1 juta anak perantau sudah memasuki Kelantan

Sempena Aidilfitri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis Kelantan menganggarkan lebih 1 juta kenderaan anak  perantau telah memasuki negeri ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

- Advertisement -

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua kenderaan itu masuk ke negeri ini melalui tiga pintu utama iaitu Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Katanya, bagi mengawal aliran lalu lintas, seramai 128 pegawai dan anggota ditugaskan selama 24 jam di lokasi dikenal pasti sebagai ‘blackspot’ dan ‘hot spot’ kemalangan di seluruh negeri.

“Sebanyak 66 kawasan ‘blackspot’ dan 42 ‘hot spot’ kerap berlaku kemalangan dan kesesakan jalan telah dikenal pasti,” katanya pada media.

Beliau terdahulu menyantuni petugas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di persimpangan lampu isyrat Jalan Wakaf Siku, di sini petang semalam.

Menurutnya, kawasan terlibat Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dan Jalan Gua Musang-Jeli.  

Beliau memberitahu, anggota yang bertugas menerusi skuad khas akan melakukan rondaan menggunakan motosikal sepanjang musim perayaan untuk memastikan kelancaran aliran trafik.

Katanya, pegawai dan anggota itu akan bertugas di seluruh Kelantan bermula pagi sehingga pukul 10 malam. – HARAKAHDAILY 30/3/2025

- Advertisement -