Ramadan berduka di Gaza: Bantuan iftar diperlukan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penduduk Gaza terus berdepan penderitaan apabila perang kembali meletus dengan kemusnahan yang amat dahsyat, sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan makanan dan keperluan asas.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Gabungan NGO Suara Gaza kini giat melaksanakan program bantuan iftar setiap hari dengan menyediakan roti kosong atau nasi serta meneruskan penyediaan air bersih bagi membantu saudara se-Islam di Gaza.

Pengerusi Suara Gaza, Nazri Deraman berkata, sumbangan iftar amat bermakna kerana penduduk Gaza hanya bergantung kepada bantuan luar akibat sekatan yang dikenakan ke atas mereka.

“Sekiranya sumbangan diterima sebelum pukul 6:00 petang, Insya-Allah pihak kami akan melaksanakan agihan pada hari yang sama di Gaza,” katanya.

Katanya, penyumbang yang mengemukakan resit sumbangan melalui aplikasi WhatsApp akan diberikan laporan bergambar sebagai bukti pelaksanaan program, selain nama mereka akan dipaparkan semasa agihan bantuan dijalankan.

Kata Nazri lagi, laporan harian misi bantuan ini boleh diikuti menerusi Channel Suara Gaza.

“Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui Gabungan NGO Suara Gaza ke akaun Pertubuhan R Kelantan 03120010000318 (Bank Islam) atau menghubungi 013-9811605 untuk maklumat lanjut.

“Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya.

Jelas Nazri, pihaknya berjaya melaksanakan misi bantuan ini hampir setiap hari bermula hari kedua perang hingga kini

Bagaimanapun bantuan yang diberikan berupa beberapa item sahaja seperti nasi, air, roti dan lain-lain.

Nazri memberitahu, pihaknya berjaya menyegerakan bantuan kerana mempunyai pejabat yang beroperasi di sana sejak beberapa tahun lamanya

“Biarpun pejabat kami telah musnah akibat perang, namun usaha membantu pendusuk Gaza dapat dilaksanakan dengan baik,” ujarnya

Beliau turut memberitahu Gabungan NGO Suara Gaza merupakan sebuah gabungan NGO yang cukup besar dari beberapa buah negara selain Malaysia, iaitu Indonesia, Brunei Darussalam, Burma, Thailand dan Palestine sendiri.

Katanya, gabungan NGO ini telah diwujudkan sejak sembilan tahun lepas bagi menyelaras gerakerja membantu umat Islam di Palestin. – HARAKAHDAILY 27/3/2025

- Advertisement -