Dewan Muslimat, Lajnah Kebajikan santuni Harakah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia serta Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat telah menyampaikan hadiah raya Aidilfitri kepada kakitangan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd, semalam.

Sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut disertai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Pusat, Dr Rosni Adam.

Sumbangan tahunan itu sebagai tanda penghargaan dan ingatan tulus ikhlas kepada seluruh warga Harakah yang memberi sumbangan besar kepada parti khasnya.

Nuridah menyatakan bahawa staf Harakah adalah antara organ parti untuk melebarluaskan lagi segala apa yang terdapat di dalam al-Quran supaya difahami oleh semua manusia khususnya rakyat Malaysia.

“Jadi peranan ini sangat besar. Jadi saya mohonlah kepada semua kita semua terutama staf sendiri sempena dah nak habis dah Ramadan ini ambillah kesempatan untuk terus berdoa agar Allah memberikan menguatkan memperkasakan Harakah ini untuk menjadi lidah al-Quran insyaAllah.

“Itu bukan lidah rasmi parti bukan saja, tetapi sebenarnya lebih daripada itu, untuk menyampaikan mesej al-Quran kepada masyarakat khususnya kepada rakyat Malaysia. Allah sahaja yang boleh tolong kita.

“Kita datang memberikan tanda ingat kitalah menghargai segala jasa baik yang telah pun dicurahkan oleh semua staf bagi menjadikan Harakah sebagai lidah rasmi parti insyaAllah,” katanya.

Sementara itu, Dr Rosni berkata bahawa program tahunan ini sangat bermakna, terutamanya bagi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial dalam menunjukkan keprihatinan terhadap murabitun yang menggerakkan parti.

“Jadi instrumen parti dan bukan mudahlah sebenarnya kan untuk bekerja bersama sama dalam organisasi parti.

“Tapi terima kasih banyak-banyak di atas kesediaan dan kesungguhan yang ditunjukkan hanya Allah sahaja yang dapat mengganjarinya dengan sebaik baik ganjaran,” ujarnya.

- Advertisement -

Maklum beliau juga, menjelang Syawal yang bakal tiba, pihaknya meneruskan program Sumbangan Murobitun sebagai tanda penghargaan buat mereka yang setia berkhidmat untuk perjuangan Islam.

“Kali ini, sumbangan telah disampaikan kepada para petugas di Pejabat Harakah, PASTI Malaysia, KUIZ, dan Pejabat Agung PAS sebagai tanda kasih dan penghormatan atas dedikasi mereka.

“Saban tahun, inisiatif ini dijalankan bagi menghargai para murobitun yang bekerja tanpa mengenal lelah demi memastikan agenda Islam terus teguh. Semoga sumbangan kecil ini membawa senyuman kepada mereka dalam menyambut Aidilfitri yang penuh keberkatan.

“Terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan program ini. Semoga Allah melipatgandakan ganjaran dan memberkati usaha kita semua,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/3/2025

- Advertisement -