
Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di seberang Jakel Mall berhampiran Jalan Masjid India menjadi isu hangat dalam masyarakat apabila uar-uar bakal dirobohkan selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur meluluskan pembinaan masjid.
Di lapangan terdapat beratus kuil Hindu menceroboh tanah swasta, negeri dan Persekutuan termasuk peristiwa tragis pada 27 dan 28 November 2018 , iaitu pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya yang dimiliki One City Development (One City) Bhd. telah mengorbankan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang dan pukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar.
Pihak kuil perlu akur untuk selesaikan isu bukan terjebak dengan tuntutan orang luar kuil seperti peguam Ambiga Sreenavasan, N. Surendran dan rakannya kononnya hak agama tidak boleh ditindas. Isu realiti kuil ceroboh tanah milik swasta atau kerajaan bukan halang anutan agama milik orang lain dan hormati undang-undang tanah perlu dasar pertimbangan pemegang taruh khususnya kerajaan.
Manakala bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorhy Ponnusamy pula membangkitkan persoalan zaman penjajah British yang membawa orang India sebagai buruh ke Tanah Melayu telah menjanjikan bahawa mereka dibenarkan membina dan memberi hak milik rumah anutannya selepas beberapa tahun tinggal di Tanah Melayu.
Itulah janji palsu kolonial British sebelum merdeka kerana sejak 1800 dan lebih 100 tahun lalu mereka tabur janji palsu termasuk mungkir janji tentang Pulau Pinang diserah kepada Kedah dan atas dasar memberi nasihat kepada Negeri Bersekutu atau Negeri Tidak Bersekutu.
Meskipun British menjanjikan hak milik rumah anutan atau kuil tetapi menjangkau tahun 2025 amat tidak adil menuntut manapun kerajaan pusat dan negeri untuk akur janji palsu kolonial British apalagi tidak dibenarkan oleh undang-undang.
Kaum minoriti India menuntut dari penjajah British pada tahun 1910, 1920 atau mana-mana tahun tetapi tiada dokumen dan dibangkitkan tuntutan itu waktu rundingan kemerdekaan 1950-an, piagam kontrak sosial dan penggubalan undang-undang Lord Reid.
Dalam hal ini, peguam tersohor tik tok Tuan Hanif Khatri, menyatakan bahawa “hak wujud terbatal jika tidak dituntut pada waktunya” sebaliknya tuntutan kini bermotif tertentu atas kepincagan politik Melayu yang menjadi teras penduduk negara. Malahan amat “keterlaluan mengungkit perkara-perkara berdasarkan janji palsu penjajah British”.
Pengamal undang-undang yang mulia tidak memangsakan kaum minoriti dan meminta ihsan malah memutar belit kononnya hak tidak sah, tidak patuh undang-undang dan perlembagaan Persekutuan atau undang-undang parlimen.
Minda Persatuan Peguam Muslim Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan peguam Sivil Dr. Shamsher Singh Thind lebih membina hubungan kaum apabila mengemukakan gagasan idea “kebebasan anutan agama tidak membenarkan pencerobohan tanah untuk membina rumah ibadat mereka”.
Oleh itu kembalikan keharmonian antara agama dengan mewujudkan undang-undang parlimen melalui akta pembinaan dan kewujudan binaan anutan bukan Islam kerana agama Islam yang tertera bawah fasal 3 sebagai agama Persekutuan dan dipelihara oleh Sultan atau Raja di negeri-negeri di Malaysia. – HARAKAHDAILY 25/3/2025

Penulis ialah Psikososio yang juga Pakar Penasihat Jawatankuasa Wanita Kelantan.











