Muslimat Sabah bantu golongan kurang berkemampuan

- Advertisement -

PAPAR: Muslimat PAS Sabah mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi memastikan mereka tidak terpinggir.

- Advertisement -

Menurut ketuanya, Norsah Bongsu, dalam keberkatan bulan Ramadan, mereka menyantuni golongan asnaf dengan menyampaikan bantuan bakul makanan asas bagi meringankan beban mereka menjelang Syawal. 

“Kami berharap, dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga tersebut dan memberi kegembiraan kepada mereka.

“Saya menyeru masyarakat agar bersama-sama menyemarakkan semangat berkongsi rezeki dan membantu mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya dalam bulan yang penuh keberkatan ini,” ujarnya selepas menyampaikan sumbangan dalam Program Semarak Kasih Ramadan 2025 di Kampung Benoni, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (BKKS) Muslimat PAS negeri, Nor Azian Sapiai, Timbalan Ketua dan Setiausaha Muslimat PAS Kawasan Papar, Rosdiana Rala dan Siti Zulaikha Abdul Rashid.

Program anjuran BKKS DMPNS dengan kerjasama DMPK Papar itu telah menyampaikan sumbangan kepada 13 buah keluarga berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, dan beberapa keperluan lain. 

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan, yang enggan dikenali, meluahkan rasa syukur atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak PAS. 

“Alhamdulillah, bantuan ini amat bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua yang sudi membantu,” katanya dengan penuh rasa terharu. – HARAKAHDAILY 24/3/2025

- Advertisement -