
KUANTAN: Lima Cawangan PAS di Beserah berganding bahu menghulurkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan sempena Ramadan.
Program kebajikan itu diadakan di pekarangan Pasaraya Irsyad, Balok, dengan penyertaan PAS Cawangan Chengal Lempong, Taman Balok Jaya, Balok Maju, Balok Pantai, dan Bandar Baru Balok.
Seramai 100 penerima terpilih menerima sumbangan tunai serta baucar pembelian barangan keperluan asas di pasar raya berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Dato’ Andasura Rabu, yang turut hadir menyampaikan sumbangan, menyatakan rasa bangga dan terharu dengan usaha berterusan PAS dalam menjaga kebajikan masyarakat.
“Saya bangga dan terharu dengan kesungguhan PAS Cawangan-cawangan yang sentiasa cakna dengan hal-hal berkaitan kebajikan dan kepentingan masyarakat.
“Terima kasih kepada pihak penganjur yang memberikan penghormatan kepada saya untuk menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penerima.
“Tahniah dan jutaan terima kasih kepada para penyumbang, para dermawan yang sedia berkongsi rezeki melalui program ini.
“Semoga usaha murni sebegini akan berterusan dan membawa rahmat dan keberkatan dpd Allah SWT dlm hidup bermasyarakat kpd kita semua,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/3/2025











