
KOTA BHARU: Seramai 150 asnaf dan insan istimewa diraikan dalam program Cahaya Ramadan Telekom Malaysia (TM) 2025 anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman.
Dalam ucapannya beliau berkata, usaha itu sebagai tanda keprihatinan korporat terhadap golongan yang memerlukan khususnya ketika menyambut Ramadan dan hari raya tidak lama lagi.
Malah beliau berkata, tanggungjawab sosial korporat (CSR) tidak hanya mengekang masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat bahkan memberi latihan melahirkan pekerja berkualiti.
“Perniagaan dalam Islam bukan sekadar aktiviti ekonomi, tetapi juga satu bentuk ibadah. Prinsip seperti keadilan, kejujuran dan sedekah perlu diterapkan dalam perniagaan berteraskan agama.
“Inilah ditunjukkan Telekom Malaysia pada hari ini,” katanya pada majlis dihadiri Pengurus Besar TM Wilayah Timur, Hairul Anwar Ismail dan wakil JKM Kelantan, Azman Mat Zin. – HARAKAHDAILY 18/3/2025











