Inisiatif moreh aiskrim percuma eratkan ukhuwah

- Advertisement -

KANGAR: Program moreh aiskrim percuma anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, Fakhrul Anwar Ismail sepanjang bulan Ramadan menjadi pengerat ukhuwah dalam kalangan penduduk setempat.

- Advertisement -

Inisiatif sebulan ini melibatkan 26 lokasi merangkumi masjid dan surau sekitar Bintong dan Sena, bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan serta mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat.

Dalam minggu pertama Ramadan, program ini akan diadakan di Masjid Putra di Sena, Masjid Batu 2, Masjid Batu Pahat, Masjid Abi, Masjid Kechor, MADI di Sena serta Surau Taman Tengah Midin di Sena.

Pada minggu kedua Ramadan, edaran aiskrim percuma akan diteruskan di Masjid Behor Empiang, Masjid Padang Katong, Masjid Nesam, Masjid Wang Besar, Masjid Teluk Jambu, Masjid Wang Ulu dan Surau Batu 2.

Seterusnya, minggu ketiga menyaksikan program ini akan berlangsung di Surau Wan Jaafar, Surau Behor Janggus, Surau Belanga Budak, Surau Batu Pahat, Surau Dato’ Ali dan Surau Tebing Tinggi.

Minggu terakhir Ramadan pula akan melibatkan Surau Kubang Badak, Surau Bendang Baru, Surau Behor Empiang dan Surau Jarak sebagai lokasi agihan moreh aiskrim percuma.

Menurut Fakhrul Anwar, program ini bukan sekadar berkongsi rezeki, tetapi juga bertujuan menyuburkan semangat perpaduan dan kemesraan antara masyarakat.

“Moreh bukan hanya tentang makanan, tetapi juga tentang hubungan sesama kita. Saya berharap dengan adanya program seperti ini, kita dapat mengeratkan lagi persaudaraan Islam dan memupuk kasih sayang dalam komuniti,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa program ini mendapat sambutan positif daripada penduduk menyifatkannya sebagai satu usaha murni dalam memeriahkan Ramadan serta menggembirakan jemaah yang hadir ke masjid dan surau.

Sepanjang Ramadan, program ini akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan, dengan lokasi berbeza setiap minggu bagi memastikan lebih ramai penduduk mendapat manfaat daripadanya. – HARAKAHDAILY 15/3/2025

- Advertisement -